Dapat diskaun 80% dari pembekal AS, hapuskan konsultan
SAYA bekerja di Nakheel sebagai pengurus telekomunikasi untuk jabatan utiliti pada awalnya. Selalu kesibukan dengan 15 projek berlainan seperti Palm Jumeirah, International Citu, Ibn Batutta Mall dan sebagainya.
Saya jarang berada di pejabat kerana terpaksa ke tapak pembinaan hartanah dengan mesyuarat perlaksanaan bersilih ganti. Dengan infrastruktur dan prasarana di samping mobile yang masih baru dengan 3G dan GSM.
Ada saja kontraktor yang tidak faham dengan telekomunikasi dan saya sering diganggu dan ditanya, sebenarnya itu tugas mereka.
Ramai kontraktor tidak tahu dengan perkembangan teknologi dan telekomunikasi. Pada awal 2000 perkembangan teknologi sungguh cepat dan saya terpaksa belajar dari buku-buku dan majalah yang banyak. Saya membeli untuk pengetahuan dan maklumat.
Pada waktu itu di samping Etisalat saya mula bekerjasama dengan Dubai Internet City (DIC) yang menawarkan mobile telekomunikasi. Etisalat pada mulanya berkeras untuk menjadi monopoli dengan kepakaran tetapi teknologi sungguh cepat berkembang sehingga Etisalat mengakui kelemahan sebuah syarikat besar.
Ditubuhkan unit telekomunikasi di bawah DIC untuk meneroka permintaan yang sangat tinggi dan besar di Dubai dengan pembangunan. Kemudian kerajaan UAE membenarkan unit telekomunikasi DIC.
Sebelum itu saya terlibat dengan projek yang sama di bawah Dubai Telecom (DT) di mana saya menjadi Ketua Pegawai Operasi. Di bawah Dubai World yang juga menguasai Nakheel tetapi kami disuruh berhenti operasi di bawah arahan Presiden UAE atas tindakan Etisalat.
DT telah mendapatkan suara di zon bebas Dubai untuk mendapatkan khidmat telekomunikasi yang lebih canggih. Syarikat yang berada di zon bebas adalah melebihi 4,000 buah dan 40% pendapatan Etisalat. Sebab itulah Etisalat bertindak bimbang syarikat zon bebas akan bertukar kepada DT.
Namun perkembangan telekomunikasi sangat cepat dan Etisalat tidak dapat melakukan semua dengan baik dan unit DIC dibenarkan beroperasi pada tahun 2004.
Pengurus akaun Nakheel dijaga oleh seorang wanita Afrika Selatan yang bernama Hannelie, masih bujang dan hampir sebaya. Berkulit putih dan agak cantik orangnya.
Dalam perkenalan kami saya tahu Hannelie adalah baru dengan Dubai dan Hannelie mengharapkan bantuan saya untuk memecahkan monopoli Etisalat.
Saya memberitahu Hannelie yang DIC perlu mencari peluang untuk mengalahkan Etisalat.
Etisalat secara literal bermakna "komunikasi" ialah penyedia perkhidmatan telekomunikasi multinasional yang berpangkalan di UAE, kini beroperasi di 16 negara di seluruh Asia, Timur Tengah dan Afrika.
Etisalat adalah pengendali rangkaian mudah alih ke-18 terbesar di dunia mengikut bilangan pelanggan. Pada Disember 2020, Etisalat mendakwa kelajuan muat turun 5G terpantas di dunia pada 9.1 Gigabit sesaat, rangkaian yang telah mula dilancarkan di Dubai sejak 2017. Etisalat ialah jenama terkuat di Timur Tengah dan Afrika, dan jenama telekomunikasi ke-4 terkuat di dunia.
Pada 31 Disember 2021, Etisalat melaporkan hasil disatukan sebanyak AED53.3 bilion dan keuntungan bersih sebanyak AED11.1 bilion. Jumlah permodalan pasaran syarikat pada masa ini ialah AED329 bilion.
Etisalat ialah salah satu hab Internet di Timur Tengah, menyediakan sambungan kepada pengendali telekomunikasi lain di rantau ini. Etisalat juga merupakan pembawa trafik suara antarabangsa terbesar di Timur Tengah dan Afrika dan pembawa suara ke-12 terbesar di dunia.
Sehingga Oktober 2008, Etisalat mempunyai 510 perjanjian perayauan meliputi 186 negara dan membolehkan BlackBerry, 3G, GPRS dan perayauan suara.
Etisalat mengendalikan PoP di New York, London, Amsterdam, Frankfurt, Paris dan Singapura. Pada Disember 2011 Etisalat mengumumkan pelancaran komersial Rangkaian 4G LTE Etisalat.
Pada Mei 2018 Etisalat mengumumkan pelancaran komersial Rangkaian 5G LTE Etisalat, menjadi pengendali telekom pertama di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) yang berbuat demikian.
Unit telekominikasi DIC dijenamakan semula secara komersial sebagai du pada Februari 2007. du menawarkan perkhidmatan talian tetap, telefon mudah alih, internet dan televisyen digital di seluruh UAE.
du juga menyediakan perkhidmatan pembawa, hab data, kemudahan pertukaran internet dan perkhidmatan satelit untuk penyiar. du mengembangkan perkhidmatannya bagi menyokong transformasi ekonomi dan sosial UAE dan mengendalikan anak syarikat.
Bagi saya, bagaimana kalau DIC dapat bekerja terus dengan Nakheel dengan memberi diskaun, tidak melalui kontraktor. Satu pendapat yang tidak terfikirkan dan tidak munasabah untuk dicapai.
Saya mengusulkan dengan Hannelie terus bersetuju dan terus membuat rundingan dengan pihak penyedia kabel dari Amerika. Selang beberapa hari, Hannelie bertemu saya.
“Cabling supplier agrees to give you 80% of discounts if you buy from them directly.”
Saya tersenyum dan terus membuat kertas kerja dengan Hannelie kepada pihak pengurusan Nakheel. Setelah tiga hari menghantar dengan harapan diterima.
MD Nakheel, Saeed Ahmad Saeed terus bertemu saya dan bertanya lebih lanjut. Perbincangan hanya sekejap.
Saya menerangkan dengan membeli secara terus boleh menjimatkan 80% tanpa melalui empat orang iaitu konsultan, kontraktor utama, kontraktor utiliti dan kontraktor telekomunikasi.
Boleh mengupah orang untuk memasang kabel dan ini perkara mudah kerana di bawah syarikat kabel.
Setelah berbincang dan mendapat tentangan dari kontraktor, pihak pengurusan bersetuju dengan saya. Saya dipanggil sekali lagi untuk membuat dokumen dan prosedur di bawah tender.
Pada mulanya kontraktor dan konsultan yang tidak bersetuju terus mengenepikan telekomunikasi dan tidak mahu berurusan. Tetapi oleh kerana telekomunikasi sangat penting, tidak dapat tidak mereka turut bekerjasama.
Tidak sangka saya dinaikkan gaji kerana boleh menjimatkan kos dengan mendadak dengan 15 projek hartanah. Namun saya semakin sibuk dengan tugas-tugas yang bertambah.
Nasib Hannelie membantu dengan turut mengambil alih tugasan.
Maka saya dan Hannelie terus baik dan menjadi staf Dubai Internet City secara sambilan, syarikat yang pernah saya bekerja!
Mohd Fudzail Mohd Nor telah aktif menulis di pelbagai medium termasuk sebagai kolumnis portal berita dan memenangi banyak hadiah sastera selama beliau berkelana di luar negara. Kolum Wainuiomata ini adalah bersempena nama bandar universiti beliau di New Zealand. - DagangNews.com
KLIK DI SINI UNTUK HIMPUNAN KOLEKSI TULISAN WAINUIOMATA