Jangan panik semasa bursa tidak menentu | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
CIKGU SAHAM - 9 February 2021

Jangan panik semasa bursa tidak menentu

 

 

CIKGU SAHAM menerima banyak permohonan dari pengikut di page Cikgu Saham Fans yang meminta untuk diberi bimbingan tentang bagaimana untuk mengawal emosi semasa menghadapi situasi-situasi yang negatif atau semasa pasaran saham tidak menentu atau dalam aliran menurun. 

 

Emosi pedagang atau pelabur saham lebih-lebih lagi orang yang baharu melibatkan diri dalam pasaran saham kurang dari satu tahun tidak dapat mengawal diri, emosi dan perasaan. Newbie ini juga selalu membuat kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan apabila mereka melihat saham-saham yang dibeli itu jatuh.

 



Kejatuhan harga saham di Bursa Malaysia boleh disebabkan oleh berbagai faktor dan juga boleh jadi tanpa apa-apa berita buruk atau berita yang menjejaskan sesuatu syarikat tersenarai.

 

Dalam erti kata lain harga sesuatu saham boleh menurun tanpa apa-apa faktor atau berita. Sebagai contoh syarikat tersenarai tersebut walaupun masih mengekalkan prestasi keuntungan dalam penyata kewangan mereka tetapi harga sahamnya masih tetap menurun atau dalam keadaan mendatar sahaja.

 

cikgu saham

 

Begitu juga keadaan terdapat harga saham syarikat tersenarai yang mengalami kenaikan yang banyak dan berterusan dalam satu tempoh masa yang lama walaupun penyata kewangan syarikat mencatatkan kerugian atau prestasi kewangan yang tidak memberansangkan.

 

Maka di sini kita simpulkan bahawa sekiranya terdapat minat belian yang besar, walaupun saham syarikat tersenarai yang mempunyai status kewangan yang negatif harga sahamnya masih mampu melonjak dan memberi keuntungan kepada pelabur atau pedagang yang membelinya.

 

Dengan ini tidak dinafikan bahawa permintaan yang tinggi pada sesuatu saham syarikat tersenarai mampu melonjakkan harga saham tersebut walaupun status kewangannya negatif. Perkara ini tidak boleh disangkalkan kerana ia sememangnya berlaku di dalam pasaran saham Bursa Malaysia.

 

Dalam situasi ini, ia boleh dikaitkan terdapatnya spekulasi atau manipulasi harga oleh pihak tertentu atau apa-apa sahaja perkara yang pelabur tidak ketahui sebab-sebab kenaikan harga saham syarikat tersenarai tersebut.

 

cikgusaham

 

Emosi atau fikiran pelabur atau pedagang saham biasanya akan terganggu dan justeru menjurus kepada tindakan yang menyebabkan kerugian dalam beli dan jual saham boleh dirumuskan seperti berikut:

 


1. Sejurus beli harga saham turun.

2. Selepas menjual saham yang dipegang sekian lama kerana harga yang semakin menurun, harga saham tersebut tiba-tiba melonjak naik semula.

3. Sentimen pasaran yang negatif dan lemah menyebabkan portfolio pelaburan menjadi negatif. Hampir kesemua saham-saham yang dibeli jatuh harga.

4. Pegangan saham di dalam potfolio kebanyakannya telah susut melebihi 10 peratus.

5. Menjadi takut dan risau apabila membaca berita-berita ekonomi dan perkembangan dunia semasa.

 

Pertama sekali, ingin dinyatakan bahawa perasaan takut, risau dan emosi terganggu biasanya terjadi kepada orang-orang yang baharu menceburkan diri dalam dunia pelaburan saham.

 

Ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja tidak kira samada dia mempunyai pelaburan RM2,000 ataupun RM50,000 sekalipun. Siapa yang tidak takut bila wang simpanan menjadi susut setiap hari?

 

cikgusaham

 

Justeru oleh sebab itu perkara yang sangat-sangat perlu dititikberatkan oleh sesiapa sahaja yang ingin melibatkan diri dalam dunia saham ialah menggunakan wang lebihan sahaja. Dalam kata mudah bukan wang yang untuk kegunaan harian atau wang kecemasan.

 

Sekiranya kita menggunakan wang untuk belanja harian sebagai modal pelaburan sudah tentu kita akan panik bila beli saham dan harga saham tersebut semakin jatuh.

 

Kita sambung topik yang menarik ini di minggu hadapan. Jangan lupa untuk ikuti Cikgu Saham di DagangNews.com.

 

Cikgu Saham Zuraida juga merupakan penulis buku saham "Dunia Saham Dari Perspektif Cikgu Saham'. And yang berminat boleh dapatkan buku ini dengan hubungi talian 017-3084787.

 

 

KOLEKSI CIKGU SAHAM:

Dagangan tinggi tidak semestinya bermakna saham akan naik juga

Apakah kesan ke atas Bursa Malaysia bila tercetus kerajaan mahu perketat semula PKP?

 

 

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags