Berikut adalah kenyataan rasmi Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong yang merujuk kepada laporan ‘SoyaCincau’ yang memetik kenyataan Malaysia Internet Exchange's (MyIX) dan dikongsikan oleh mantan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menerusi Facebooknya berhubung projek ECHO dan BIFROST.
Dakwaan tersebut adalah sesuatu yang tidak berasas dan tidak menggambarkan situasi sebenar secara menyeluruh. Oleh itu, saya terpanggil untuk memberi penjelasan seperti berikut :
BACA JUGA : Malaysia rugi besar Facebook pilih negara jiran pasang kabel internet
1. Projek kabel ECHO bukanlah sesuatu yang baharu. Projek ini telah dianugerahkan kepada NEC pada tahun 2018 dan perancangan projek sudah bermula sejak tahun 2015 lagi. Tiada beza dari segi tempoh masa (2015) untuk BIFROST walaupun ASN dianugerahkan kontrak baru-baru ini. Kabel ECHO dan BIFROST sememangnya hanya melalui Singapura, bukannya Malaysia kerana Facebook telah membina pengkalan data di Tanjong Keling Data Center Park, Singapura pada tahun 2019.
https://engineering.fb.com/.../dat.../singapore-data-center/
https://engineering.fb.com/.../28/connectivity/echo-bifrost/
2. Projek kabel dasar laut sebelumnya juga melepasi Malaysia, seperti kabel konsortium Asia Tenggara-Jepun 2 (SJC2) pada tahun 2018
https://www.nec.com/en/press/201803/global_20180315_01.html
3. Namun, pusat data berada di Singapura, bukannya di Malaysia. Kita kekurangan infrastruktur data. Misalnya pada tahun 2018-2019 (zaman PH), Malaysia sibuk membazir masa dan duit untuk idea-idea lapuk seperti mahu membangunkan kereta terbang, bukannya pusat data dan revolusi industri ke-4.
4. Tak adakah sumber yang boleh Anthony Loke kongsikan selain sumber yang meragukan seperti 'Soya Cincau'? Sebagai seorang ahli politik yang berpengaruh, beliau dilihat terlalu ghairah berkongsi sumber yang tidak boleh dipercayai. Kenapa Anthony tidak berminat memetik pendapat dari Economist atau Channel News Asia? Oh ya, adakah kerana Anthony mahu nampak hero pada mata perwakilan DAP menjelang pemilihan parti tidak lama lagi?
5. Seperti mana yang diketahui umum terutamanya pihak industri, susulan ketegangan hubungan AS-China, syarikat-syarikat Amerika ingin mengelakkan meletakkan kabel di Laut China Selatan. Perhatian utama mereka adalah bahawa lalu lintas komunikasi AS mungkin terdedah kepada pemantauan Beijing. Oleh itu, sejak 2018, trend adalah meletakkan kabel melalui Lautan Pasifik sebagai gantinya, melewati Laut China Selatan.
Jadi, langsung tidak timbul kaitan dengan dasar kabotaj negara. Untuk rekod, semasa pemerintahan PH, mantan Menteri Pengangkutan memberi pengecualian dasar kabotaj kepada kerja pembaikan kabel dasar Laut berkuatkuasa pada 1 April 2019 dan pengecualian ini ditamatkan oleh saya pada 15 November 2020.
https://qz.com/.../google-facebook-internet-cable-caught.../
6. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) tidak memihak kepada mana-mana syarikat dengan mengorbankan kepentingan negara. Tiada isu monopoli di sini apabila pemain-pemain industri boleh mengakses laman web MOT - Garis Panduan Pelesenan Perkapalan Dalam Negeri dan Proses Kerja Permohonan DSL yang disediakan dalam dwi bahasa.
7. Sejak 15 November 2020, MOT telah meluluskan permohonan kepada kapal asing bagi kerja-kerja pembaikan kabel dasar laut seperti berikut :
Kapal : Asean Explorer
Mohon : 30 Nov 2020
Lulus DSL : 4 Dis 2020
Tempoh proses : 3 hari bekerja
Kapal : Asean Restorer|
Mohon : 18 Dis 2020
Lulus DSL : 23 Dis 2020
Tempoh proses : 3 hari bekerja
Kapal : Asean Explorer
Mohon : 3 Feb 2021
Lulus DSL : 5 Feb 2021
Tempoh proses : 3 hari bekerja
Kapal : Asean Explorer
Mohon : 27 Jan 2021
Lulus DSL : 2 Feb 2021
Tempoh proses : 3 hari bekerja
Kapal : Asean Explorer
Mohon : 8 Mac 2021
Lulus DSL : 11 Mac 2021
Tempoh proses : 3 hari bekerja
Kapal : Asean Restorer
Mohon : 12 Mac 2021
Lulus DSL : 15 Mac 2021
Tempoh proses : 3 hari bekerja
Kapal : Asean Explorer
Mohon : 18 Mac 2021
Lulus DSL : 25 Mac 2021
Tempoh proses : 6 hari bekerja
Ini bermaksud 6 permohonan DSL telah diluluskan serta-merta kepada kapal asing dalam tempoh 3 hari kecuali satu permohonan diluluskan dalam tempoh 6 hari. Maka, langsung tiada kelewatan akibat daripada pihak MASA atau MOT, yang lambat membawa masuk kapal asing adalah pemohon terlalu terpaksa menunggu queue yang panjang dan keutamaan diberikan kepada pihak pengurusan ASEAN Explorer dan ASEAN Restorer iaitu Singtel yang memberi keutamaan kepada mereka sendiri. Tolong jangan mencari helah menuding jari pada MOT kononnya MOT telah melambat-lambatkan proses permohonan. MENGARUT !
8. Sebagaimana kenyataan saya pada 25 November 2020, dasar kabotaj adalah bagi memelihara kepentingan industri perkapalan negara.
https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1771327716368058/?d=n
Adalah ditegaskan bahawa keputusan untuk membatalkan pemberian pengecualian dasar kabotaj bagi kerja pembaikan kabel dibuat berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan seperti berikut:
a) mengurangkan aliran keluar wang asing dalam bentuk bayaran fret (freight) atau perjanjian penyewaan kapal (charter party) dan insuran di dalam Balance of Payment Account negara;
b) mengurangkan kebergantungan negara kepada kapal asing dengan meningkatkan penyertaan syarikat perkapalan tempatan dalam perkhidmatan domestik;
c) membina kapasiti perkapalan domestik dan meningkatkan keupayaan dalam sektor perkhidmatan domestik;
d) meningkatkan kepakaran teknikal melalui pembangunan sumber manusia dalam kalangan warga tempatan; dan
e) memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terjamin dengan mengurangkan pengoperasian kapal asing di perairan Malaysia.
9. Justeru itu, saya menyeru semua pihak agar tidak terpengaruh dengan laporan berita separuh masak atau membuat laporan yang tidak menggambarkan fakta secara menyeluruh.
10. Harap YB Anthony Loke lebih suka berkongsi laporan daripada agensi berita yang profesional selepas ini. Jangan kerana terlalu ghairah mengejar populariti sehingga terpaksa mendedahkan diri sebagai ahli politik yang sengaja mencetuskan persepsi negatif dan sengaja mengenepikan fakta.
11. Untuk pengetahuan YB Anthony, pihak Indonesia baru saja memperketatkan dasar kabotaj mereka. Sila baca laporan media yang dilampirkan ini, pihak Indonesia mahu MEMELIHARA KEDAULATAN NEGARA mereka dan MEMBERI PELUANG YANG LEBIH KEPADA PEMAIN INDUSTRI TEMPATAN. Hairan pula kenapa YB Anthony tak sebut perkara ini langsung? Adakah Indonesia boleh mempertahankan kedaulatan negara mereka tetapi Malaysia pula TAK BOLEH?
https://setkab.go.id/.../govt-issues-regulation-on.../
12. Saya sarankan agar YB Anthony Loke berjumpa dengan Presiden MASA Datuk Abdul Hak Md Amin dan AJKnya serta tokoh dalam industri perkapalan yang disegani di Malaysia, Tan Sri Halim Mohammad (yang juga Pengerusi MATRADE) bagi mendengar pandangan para pengusaha tempatan tentang dasar kabotaj yang diamalkan oleh MOT sekarang. Kalau sudi berjumpa mereka, saya boleh tolong aturkan!
Artikel ini dimuat turun dari laman rasmi Facebook milik Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong. - DagangNews.com