KLCI, ringgit ditutup tinggi | DagangNews Skip to main content

KLCI, ringgit ditutup tinggi

 

 

KUALA LUMPUR 22 April - Pasaran tempatan petang ini menokok apabila indeks utama FBM KLCI ditutup tinggi pada 1,607.73 mata setelah meningkat 11.15 mata. 

 

Jumlah dagangan sebanyak 7.90 bilion bernilai RM4.98 bilion. 

 

Keseluruhan pasaran juga positif dengan kaunter untung mengatasi rugi pada 545 berbanding 534 manakala 442 kaunter tidak berubah.

 

Malacca Securities berkata, bursa tempatan mungkin mencatatkan sedikit kenaikan semula, menjejaki peningkatan semalaman di Wall Street.

 

Katanya, pasaran mungkin mengambil petunjuk daripada kenaikan semalaman Nasdaq dan meletakkan sektor teknologi itu pada radar.

 

"Bagaimanapun, kaunter sarung tangan mungkin menurun akibat kebimbangan terhadap harga jualan purata sarung tangan berikutan program vaksinasi COVID-19 yang sedang dilaksanakan dan kelemahan harga minyak yang dijangka mengehadkan kenaikan itu," katanya dalam nota kajian. 

 

Sementara itu, lapor Reuters, sentimen di rantau Asia kembali pulih dan ekuiti meningkat semula, dengan indeks ekuiti MSCI (kecuali Jepun) menokok 0.5%.

 

Dalam kali kaji selidik yang dijalankan Reuters mendapati pelabur beralih kepada pandangan mengukuh bagi kebanyakan mata wang Asia kecuali rupee, yang mana pertaruhan singkat berada pada paras tertinggi setahun di sebalik kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS).

 

Petang ini, ringgit ditutup pada RM4.1105/1145 berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada penutupan semalam pada, RM4.1190/1230. - DagangNews.com