Lanjutan rekalibrasi pendatang asing: Majikan perlu buat permohonan Jabatan Imigresen terlebih dahulu - KSM | DagangNews Skip to main content

Lanjutan rekalibrasi pendatang asing: Majikan perlu buat permohonan Jabatan Imigresen terlebih dahulu - KSM

Kementerian Sumber Manusia (KSM)

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Majikan diingatkan agar membuat permohonan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terlebih dahulu berkaitan pelanjutan Program Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Tenaga  Kerja (RTK).

 

Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkata, permohonan itu adalah bagi tujuan proses verifikasi PATI.

 

"Setelah lulus tapisan verifikasi PATI, majikan boleh mengemukakan permohonan menerusi laman sesawang www.fwcms.com.my bagi kelulusan penggajian PATI oleh KSM," jelas KSM dalam satu kenyataan hari ini.

 

Program rekalibrasi telah dilanjutkan dan mula dilaksanakan mulai 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.

 

Keputusan dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Jun 2021.

 

Program berkenaan adalah terbuka kepada sektor perladangan, perkilangan, pembinaan dan pertanian termasuk subsektor perkhidmatan seperti restoran, kargo, borong dan runcit serta pembersihan dan pencucian.

 

Tambah KSM, pihak majikan juga boleh menghubungi Urus Setia Pekerja Asing (USPA) Program  Rekalibrasi Tenaga Kerja, KSM melalui talian 03-86892822 atau melalui emel di recab2@mohr.gov.my.

 

Selain itu, KSM turut memohon majikan untuk mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan bagi memastikan kelancaran program RTK tersebut. - DagangNews.com