Maybank catat untung bersih RM1.68 bilion pada Q3FY21 | DagangNews Skip to main content

Maybank catat untung bersih RM1.68 bilion pada Q3FY21

KUALA LUMPUR 25 Nov - Maybank, bank keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset, mencatat pendapatan operasi bersih bagi suku ketiga berakhir 30 September 2021 (Q3FY21) meningkat sedikit sebanyak 1.2% kepada RM6.15 bilion daripada RM6.08 bilion sebelumnya berikutan kenaikan 14.3% T-ke-T dalam jumlah pendapatan berasaskan dana bersih kepada RM4.72 bilion.

 

Walaubagainmana pun, keuntungan sebelum cukai (PBT) serta keuntungan bersihnya menurun berikutan pengurangan dalam pendapatan berasaskan fi dan peningkatan kerugian rosot nilai bersih yang lebih ketara berbanding kenaikan dalam pendapatan berasaskan dana.

 

PBT bagi suku itu berada pada RM2.27 bilion daripada RM2.61 bilion setahun sebelumnya, manakala keuntungan bersih lebih rendah pada RM1.68 bilion berbanding RM1.95 bilion pada Q3FY20 disebabkan oleh penurunan pendapatan berasaskan fi bersih kepada RM1.43 bilion.

 

Ia didorong terutamanya daripada pendapatan pelaburan dan dagangan yang lebih rendah, berserta kerugian rosot nilai bersih yang lebih tinggi atas peruntukan proaktif tambahan yang dibuat memandangkan tahap perintah kawalan pergerakan yang berbeza-beza merentasi pasaran tempatan Malaysia, Singapura dan Indonesia yang dilaksanakan pada suku ketiga baru-baru ini.

 

Pengerusi Maybank, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, walaupun terdapat kesan perintah kawalan pergerakan terhadap prestasi suku ketiga Kumpulan, kecairan dan asas modal Kumpulan yang kukuh akan membolehkannya memanfaatkan peluang pertumbuhan yang muncul dengan pembukaan semula ekonomi.

 

“Memandangkan Malaysia melihat pemulihan ekonomi pada suku keempat 2021 berikutan kadar vaksinasi yang kukuh dan peningkatan dalam perniagaan serta mobiliti masa lapang dan pelancongan, kami akan menyasarkan diri untuk pertumbuhan baharu dan menyokong para pelanggan dalam memanfaatkan pemulihan ekonomi ini sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


 

Zamzamzairani Mohd Isa
           Zamzamzairani Mohd Isa

 

 

Sementara itu, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Abdul Farid Alias ​​berkata, Kumpulan akan menyediakan penyelesaian kewangan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan semasa pelanggan yang telah beralih daripada pemuliharaan kepada pertumbuhan dengan pembukaan semula ekonomi, disamping terus menyokong pelanggan yang memerlukan bantuan kewangan bersasar.

 

“Kami akan membantu pelanggan memanfaatkan peluang pertumbuhan yang timbul daripada pemulihan dan supaya mereka dapat mengekalkan diri mereka bergerak ke hadapan dalam persekitaran operasi baharu ini. Ini termasuk menyokong pelanggan dalam menerima pendigitalan dalam operasi mereka, meneroka bentuk penyelesaian pembiayaan alternatif dan mempertimbangkan penyelesaian pelaburan yang boleh membantu mengembangkan kekayaan mereka.

 

''Sementara itu, dalam organisasi, kami sentiasa mencari peluang untuk menambah baik usaha berkenaan dengan agenda iklim dan kemampanan sebagai sebahagian daripada moto untuk sentiasa melakukan perkara yang betul,” ujar beliau.


 

Datuk Abdul Farid Alias
                  Datuk Abdul Farid Alias

 


Keuntungan operasi pra-peruntukan (PPOP) Kumpulan berada pada RM3.33 bilion daripada RM3.37 bilion pada S3TK20.

 

Sementara itu, kerugian rosot nilai bersih berjumlah RM1.13 bilion berbanding tahun sebelumnya pada RM805.9 juta kerana Kumpulan terus melaksanakan peruntukan proaktif melalui tindanan pengurusan untuk peminjam di bawah program bantuan pembayaran balik dan untuk memudahkan beberapa hapus-kira akaun akibat perintah kawalan pergerakan pada S321.

 

Untuk sembilan bulan sehingga 30 September 2021 (9BTK21), Kumpulan merekodkan pendapatan operasi bersih sebanyak RM19.15 bilion, iaitu peningkatan 3.8% daripada tahun sebelumnya berikutan pendapatan berasaskan dana bersih yang lebih tinggi sebanyak 15.5% T-ke-T kepada RM14.22 bilion.

 

Kerugian rosot nilai bersih berkurangan sebanyak 28.3% kepada RM2.56 bilion daripada RM3.57 bilion setahun sebelumnya setelah Kumpulan mendapat manfaat daripada pendirian berhemat awalnya dalam mempercepatkan andaian peruntukan yang berpandangan ke hadapan.

 

Ini menyebabkan PBT meningkat 22.5% kepada RM8.17 bilion daripada RM6.66 bilion tahun sebelumnya manakala untung bersih meningkat 22.2% kepada RM6.04 bilion berbanding RM4.94 bilion pada 9BTK20. - DagangNews.com