MIDF kekal saranan 'beli', optimis dengan prospek masa hadapan KLK | DagangNews Skip to main content

MIDF kekal saranan 'beli', optimis dengan prospek masa hadapan KLK

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Feb - MIDF Research mengekalkan saranan 'beli' untuk saham Kuala Lumpur Kepong Berhad pada harga sasaran RM29.68 sesaham dan kekal optimis mengenai prospek kumpulan berdasarkan perkembangan positif di bahagian perladangan dan pembuatan.

 

Firma penyelidikan itu berkata, pengambilalihan IJM Plantations Berhad dan PT Pinang Witjas Sejati mungkin meningkatkan pendapatan teras KLK sebanyak 8% hingga 11% pada FY22.

 

Sumbangan keuntungan daripada segmen perladangan mempunyai daya tahan didorong untuk kemerosotan harga jualan purata (ASP) yang tinggi bagi minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit (PK)

 

Selain itu, MSM turut mencatatkan harga RM5,970.50 untuk satu tan metrik iaitu harga tertinggi yang pernah dicatatkan berbanding RM5,843.00 bagib satu tan metrik pada 14 Januari 2022.

 

"Kami juga membuat penilaian semula untuk FY22 dan FY23 dengan jangkaan pertambahan pendapatan sebanyak 22.3% (RM1.4 bilion) dan 14.8% (RM1.19 bilion) kerana prestasi cemerlang dalam industri huluan mereka.

 

"Kami juga menyemak semula harga sasaran iaitu RM29.68 berbanding RM28.37 sebelum ini dan kami menjangkakan ia akan memberi pulangan sekitar 17.91%," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

klk

 

Keuntungan bersih KLK meningkat kepada RM599.3 juta pada suku pertama berakhir 31 Disember 2021 daripada RM357.4 juta dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya selain mencatatkan peningkatan pendapatan kepada RM6.83 bilion daripada RM4.3 bilion sebelum ini.

 

Keuntungan bahagian perladangannya meningkat lebih dua kali ganda kepada RM607.9 juta, didorong oleh harga MSM dan PK yang lebih tinggi.

 

klk

 

Bahagian pembuatannya melaporkan lonjakan sebanyak 74% untuk keuntungan kepada RM319.6 juta daripada RM183.7 juta dalam tempoh sama sebelum ini.

 

Bagaimanapun, keuntungan perniagaan pembangunan hartanah kumpulan perladangan itu merosot 14.5% kepada RM18.8 juta walaupun perolehan lebih tinggi sebanyak RM56 juta berikutan margin yang rendah.

 

Firma penyelidikan itu melihat, KLK akan berdepan dua cabaran utama pada masa hadapan iaitu penurunan ketara dari segi harga MSM dan permintaan yang rendah berbanding jangkaan kerana harga MSM yang tinggi di pasaran. - DagangNews.com