Nazir Razak bawa teksi airasia ride 4 jam dapat RM67 | DagangNews Skip to main content

Nazir Razak bawa teksi airasia ride 4 jam dapat RM67

Tokoh perbankan, Dato' Sri Nazir Razak menjadi pemandu airasia ride pada 31 Ogos lalu. - Gambar airasia ride

 

 

KUALA LUMPUR 16 Sept - Sejak perkhidmatan e-panggilan terbaru airasia ride dilancarkan kurang dari sebulan lepas, lebih 5,000 permohonan pemandu telah diterima termasuklah dari tokoh terkemuka perbankan seperti Dato’ Sri Nazir Razak, yang baru-baru ini meluangkan masa selama satu hari untuk merasai pengalaman sebagai pemandu airasia ride.

   

Pada 31 Ogos lalu, Dato’ Sri Nazir memulakan misinya untuk memandu seberapa ramai penumpang yang boleh dalam tempah masa 4 jam bertugas sebagai pemandu airasia ride.

 

Sambil memandu, beliau meluangkan masa bersama-sama rakyat Malaysia bersembang mengenai Kemerdekaan, negara Malaysia, tips kewangan dan mengimbas kembali impian bapa beliau untuk negara kita serta situasi semasa (jika ada yang lupa — bapa beliau adalah Tun Razak, Perdana Menteri kedua Malaysia).

 

Bukan itu sahaja, Pengerusi Eksekutif AirAsia Group, Datuk Kamarudin Meranun juga dapat merasi pengalaman dipandu oleh Dato’ Sri Nazir dalam perjalanan beliau ke rumah!

 

Dato’ Sri Nazir Razak, semasa mengimbas pengalaman beliau bertugas pada Hari Kebangsaan sebagai seorang pemandu airasia ride berkata, “Pengalaman ini amat menyeronokkan!

 

''Pemanduan selama 4 jam membolehkan saya memperolehi RM67 (tanpa tip) dan jika saya bekerja sepenuh masa, saya mungkin dapat memperoleh pendapatan antara RM200 dan RM250 sehari. Saya juga berasa teruja untuk bertemu dengan ramai penumpang dan bersembang dengan mereka.

 

“Jika saya mempunyai masa lapang, saya pasti akan meminta Tan Sri Tony untuk membenarkan saya memandu lagi untuk merasai pengalaman meraih pendapatan dan tip untuk perkhidmatan terbaik selain menikmati perbualan yang menarik,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh airasia ride hari ini.

 

Jika anda berminat untuk menjadi pemandu airasia ride, daftarlah dengan memuat turun aplikasi pemandu airasia ride atau layari halaman ini untuk pendaftaran

 

Selain dari kawasan Lembah Klang, airasia ride telah berkembang ke Langkawi bermula 16 September dan perkhidmatan e-panggilan ini juga akan dilancarkan ke bandar-bandar lain di seluruh Malaysia pada masa hadapan. - DagangNews.com