Next Generation Oil pelawa pengilang tempatan sertai Program Pembangunan Vendor Ladang Alga Bertangki | DagangNews Skip to main content

Next Generation Oil pelawa pengilang tempatan sertai Program Pembangunan Vendor Ladang Alga Bertangki

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Feb - Pengeluar minyak mentah berasask alga, Next Generation Oil (Group) Sdn. Bhd. mempelawa pengilang tempatan untuk menyertai Program Pembangunan Vendor Ladang Alga Bertangki (ATF-VDP) terbaharunya yang akan diuruskan bersama Boustead Holdings Berhad.

 

Ia bagi menyokong penternakan alga mikro seluas 38,000 ekar dan memacu usaha Malaysia ke arah menjadi Sifat Bersih Pelepasan Karbon (NZCE) sebelum 2050.

 

Pengerusi Eksekutif Next Generation Oil, Datuk Mohamed Moiz J.M. Ali Moiz berkata, negara memerlukan 15 juta tangki untuk menternak alga dalam tempoh 10 tahun yang akan menghasilkan 68 juta tan alga biomas dan ia akan menyerap sekitar 76 juta tan karbon dioksida (CO2 ) bagi menghasilkan 34 juta tan minyak mentah berasaskan alga serta kepingan alga kering. 

 

"Kami mahu membantu Malaysia mencapai sifar pelepasan karbon sebelum 2050 dan jumlah alga mikro yang kami usahakan akan menghasilkan sinki karbon asli. 

 

“Kita akan menjadi projek “Saya Adalah Ladang Alga Bertangki” dengan pengenalan minyak neutral karbon dan bahan mentah sebagai kenyataan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

 

Mohamed Moiz berkata, melalui ATF-VDP, Next Generation Oil dan Boustead akan mengenal pasti individu dan syarikat yang boleh menghasilkan tangki khas yang diperlukan di bawah paten A-MAPTM Seni Bina Kolam Reka Bentuk Sarang Lebah.  

 

oil

 

“Kami juga sedang mencari vendor di dalam rantaian bekalan yang lain ketika kami beralih ke operasi optimal untuk memenuhi permintaan global yang diunjurkan untuk minyak mentah berasaskan alga yang boleh diproses menjadi bio-diesel, bio-gasolin dan bahan api penerbangan yang mampan untuk kegunaan di dalam sektor pengangkutan dan tenaga.

 

"Lebihan biomas kepingan alga kering yang boleh digunakan untuk pulpa kertas, makanan ternakan pertanian dan akuakultur, biomas penjanaan tenaga dan baja," katanya.

 

oil

 

Beliau berkata, pihaknya, menganggarkan harga pembangunan untuk 38,000 ekar ladang alga adalah lebih kurang AS$38 bilion (RM159.60 bilion) dan pada masa sama mereka akan meneroka strategi dwi-pembiayaan bersama Heritage Horizon dan Sonata Capital untuk struktur pembiayaan Saham Keutamaan Boleh Tukar Boleh Tebus (RCPS) untuk pembangunan tranche pertama seluas 3,000 ekar. 

 

"Kami akan bekerjasama dengan Boustead Holdings dan Heritage Horizon-Sonata Capital untuk inisiatif ini yang merupakan sebahagian dari projek ‘Saya Adalah Ladang Alga Bertangki'," katanya. - DagangNews.com