KUALA LUMPUR 12 Ogos – Creative Lab, butik studio reka bentuk milik Niro Ceramic Group yang menyediakan pelanggan dengan reka bentuk yang inovatif, kini giat mengembangkan cawangan di Johor, seiring dengan peningkatan permintaan daripada pelanggan.
Pengarah Urusan Niro Ceramic Group, Ian Kok berkata, pembangunan yang semakin pesat dan maju terutamanya di Johor, mendorong pihaknya membuka lebih banyak cawangan Creative Lab dengan harapan dapat mencapai kehendak pelanggan termasuk pelanggan di Johor and Singapura.
Beliau berkata, dengan 42 cawangan Creative Lab di seluruh Malaysia sekarang, syarikat akan dapat menyediakan pasaran dengan produk berkualiti dan perkhidmatan yang cemerlang.
Menurut beliau, pihaknya berharap dengan usaha yang diambil atas perkembangan ini, pihak pelanggan dapat berpuas hati dengan khidmat yang disediakan serta proses ubah sesuai dapat dijalankan dengan sempurna
Ditubuhkan oleh Niro Ceramic Groupings pada tahun 2018, Creative Lab merupakan pengubahsuai terkini untuk rumah dengan perkhidmatan dalaman rumah yang menyeluruh dan pelbagai jenis jubin serta peralatan kebersihan.
Menurutnya, reka bentuk yang diilhamkan dengan konsep yang menyerupai bahan sebenar, dapat membantu pelanggan untuk membuat keputusan.
“Kesemua cawangan Creative Lab menyediakan perisian reka bentuk 3D, membolehkan pelanggan mendapat reka bentuk bayangan bersama pakar pereka dalaman,” ujarnya kepada DagangNews.com di sini hari ini.
Kok berkata, penyelesaian yang ditawarkan oleh Creative Lab menonjol daripada yang lain kerana pendekatan uniknya terhadap keperluan pelanggan.
"Untuk mencapai matlamat ini, kami melibatkan pereka jualan kami untuk memahami keperluan khusus setiap projek dan untuk membangunkan penyelesaian secara customised mengikut keperluan pengguna akhir," katanya.
“Pelanggan kami kemudiannya menerima cadangan terperinci dan grafik sepenuhnya, yang merangkumi gambaran keseluruhan konsep, butiran teknikal penyelesaian yang dicadangkan dan kos yang terlibat. Ini memastikan bahawa pelanggan memahami dengan tepat apa yang mereka peroleh dan mengapa penyelesaian tertentu disyorkan,” jelasnya.
Selain daripada projek individu, kumpulan itu juga menawarkan perkhidmatannya kepada pemaju yang ingin mencipta pembangunan baharu atau mengubah suai hartanah sedia ada.
“Majoriti jualan kami adalah perniagaan kepada perniagaan, dan kami bernasib baik kerana membentuk reputasi yang kukuh dalam kalangan pemaju, arkitek, pereka dalaman dan kontraktor.
“Ikuti laman web https://creativelab.com/ dan facebook kami untuk maklumat yang lebih lanjut dan pengumuman yang akan datang,” kata beliau. – DagangNews.com