Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM481 bilion pada 15 Jun 2022 | DagangNews Skip to main content

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM481 bilion pada 15 Jun 2022

KUALA LUMPUR 22 Jun - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$109.2 bilion (RM481 bilion) pada 15 Jun 2022.

 

Bank pusat itu dalam satu kenyataan berkata, kedudukan rizab itu adalah memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

 

Komponen utama rizab antarabangsa itu adalah terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$109.2 bilion (RM481 bilion) setakat 15 Jun 2022.

 

"Kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iaitu AS$1.4 bilion (RM6.2 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$6.0 bilion (RM26.4 bilion), emas AS$2.4 bilion (RM10.6 bilion) dan aset rizab lain berjumlah AS$3.1 bilion (RM13.7 bilion)," katanya.

 

Dari segi aset, BNM berkata emas, pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR berjumlah RM458.14  bilion.

 

Kertas kerajaan Malaysia berjumlah RM12.59 bilion, deposit dengan institusi kewangan RM621.30 juta, pinjaman dan pendahuluan RM23.76 bilion, tanah dan bangunan RM4.14 bilion serta aset-aset lain RM21.68 bilion.

 

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM147.52 bilion), mata wang dalam edaran (RM159.84 bilion) dan deposit oleh institusi kewangan (RM158.43  bilion).

 

Deposit Kerajaan Persekutuan (RM11.67  bilion), deposit lain (RM5.26  bilion), kertas Bank Negara (RM5.26  bilion), peruntukan SDR (RM28.12 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.41 bilion). - DagangNews.com