Saya adalah mangsa buli di sekolah, traumanya masih dirasai | DagangNews Skip to main content

Saya adalah mangsa buli di sekolah, traumanya masih dirasai

Oleh MOHD FUDZAIL MOHD NOR
Kolumnis DagangNews.com

 

 

BULI adalah perbuatan tingkah laku agresif  yang berulang bertujuan untuk menyakiti individu lain dari segi fizikal, mental atau emosi.

 

Ciri-ciri buli ialah niat bermusuhan, ketidakseimbangan kuasa dan berulang dalam tempoh masa tertentu.

 

Bagi pihak sekolah dan asrama isu buli tidak pernah berkurang walau sepatutnya sudah tiada waktu kini.

 

Malahan semakin merisaukan banyak pihak walaupun pelbagai garis panduan, peringatan dan nasihat disampaikan menerusi media massa dan media sosial.

 

Nampaknya penyelesaian gejala sosial buli masih kabur dan jaun dari persepsi. Malah semakin teruk.

 

Salah siapa bila pelajar terus dengan tabiat membuli

Pada siapa boleh diharapkan untuk menangani isu buli kerana ibu bapa sememangnya individu yang wajib memantau perlakuan, adab dan pergerakan anak yang membesar. Malang untuk ibu bapa tidak dapat bersama anak 24 jam sehari. 

 

Guru dan warden juga bertanggungjawab dengan permaslahan ini dan pihak sekolah perlu mengambil langkah wajar mengenai displin.

 

Semua warga sekolah mesti peka dengan tanda-tanda permulaan buli yang mungkin akan berlaku.


 

fudzail

 


Tindakan yang cepat boleh mengelakkan kejadian buli.  Disarankan program dan aktiviti yang sesuai perlu dijalankan sebagai langkah-langkah pencegahan salahlaku buli terjadi di sekolah.

 

Kejadian buli di sekolah juga perlu dilihat sebagai satu gejala yang menggangu sistem pendidikan.

 

Kejadian buli boleh berlaku sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja oleh para pelajar.

 

Tindakan buli merupakan penyalahgunaan kuasa oleh individu kuat terhadap yang lemah dan disebut satu bentuk penguasaan seseorang kepada orang lain yang sebaya.

 

Untuk buli selalunya satu pihak akan berasa menang dan satu pihak lagi tertekan dengan perlakuan. Sebab tidak mampu mengelak dari buli atau mempertahankan diri.

 

Mangsa terperangkap dengan suasana dicipta pembuli selalunya dan tidak boleh berbuat apa-apa dengan takut mengadu.

 

Buli secara tidak sengaja berlaku sebab terbiasa dengan keadaan seperti di rumah sendiri. Disebabkan ibu bapa mengarah anak melakukan itu dan ini. Seterusnya menyalahkan anak dalam pelbagai situasi sehingga membuatkan berasa terperangkap.

 

Timbul kejadian di sekolah bila anak melihat suasana dan peluang yang ada untuk menggunakan orang yang lemah demi kepentingan diri. Terjadilah buli secara tidak sengaja.

 

Buli secara sengaja bila anak dalam keadaan kecewa ataupun tertekan di rumah. Untuk melepaskan tekanan dan menunjukkan kuasa, anak mencari mangsa yang dilihat tidak mampu melawan semula dan kerap mendorong buli secara sengaja.

 

Anak yang membesar dalam teknologi moden dan canggih seharusnya semakin bijak untuk berfikir, menimbang kesan baik dan buruk tindakan sebelum membuat keputusan seterusnya.


 

fudzail

Jauhi buli tidak kira sama ada secara fizikal, lisan, berkait hubungan mahupun buli siber yang kini semakin berleluasa di alam maya.

 

 

Kesan dibuli

Buli boleh memberi kesan terhadap kesihatan fizikal, emosi dan kehidupan mangsa, malahan menjejaskan masa depan diri.

 

Mangsa buli selalu berasa tertekan, sepi dan ketakutan, memiliki harga diri yang rendah, mengalami sakit kepala, sakit perut, keletihan dan kurang selera makan yang dihadapi.

 

Mangsa enggan ke sekolah, tidak suka sekolah dan mempunyai prestasi pembelajaran yang teruk. Ada yang berfikir untuk membunuh diri atau cuba membunuh diri sebagai kemuncak.

 

Ada jenis-jenis buli iaitu buli fizikal, buli lisan (percakapan), buli berkaitan hubungan dan buli siber.


 

fudzail

 


Saya adalah mangsa buli sewaktu di Sek Men Teknik Kuantan atau Technical Institute Kuantan dalam Tingkatan 4. Saya dibuli antara yang paling teruk, setahun lamanya.

 

Mula-mula saya ditanya dan kena interrogate oleh senior setiap hari dan disuruh melakukan kerja untuk mereka. Saya akur.

 

Tetapi kebetulan saya menang pertandingan puisi peringkat sekolah, nombor satu, nombor tiga, nombor 5, 7 dan 8. Lima hadiah untuk penggal pertama.

 

Populariti jadi punca

Ada ramai peminat dari budak perempuan tingkatan lima yang menghantar surat. Rasanya ada dua orang pelajar perempuan Tingkatan Lima yang saya ingat menghantar surat kepada pelajar tingkatan empat, iaitu saya.

 

Selain mendapat surat dari budak perempuan sekolah berdekatan. Namun saya tidak pernah membalas surat.

 

Satu kejutan kerana budak tingkatan empat memenangi.

 

Pelajar lelaki dari Kelantan mengetahuinya dan memberi amaran, jangan kacau budak perempuan Tingkatan Lima, oleh budak-budak lelaki Kelantan. 

 

Pada waktu malam beberapa orang mengejutkan saya dengan ditutup selimut memukul sewaktu saya berbaring hingga tidak boleh bangun. Saya pasrah dalam keadaan terkejut dipukul sebegitu teruk.

 

Seorang budak Kelantan bertanya saya, "Ingat mu hensem ke nak ngorat ore Kelate?"

 

Saya tidak tahu apa nak jawab sebab bukan saya yang memulakan. Saya tidak melayan semua surat yang dihantar.

 

Saya dipukul lagi. Berkali-kali.


 

fudzail

 


Kemudian apabila malam pelajar lain menyuruh sama melakukan perkara tidak senonoh di malam-malam hari. Setiap malam saya tidak dapat tidur tetapi masih boleh bangun sebelum subuh untuk ke surau. Tiada senior yang boleh mengganggu saya di surau sebelum makan di asrama.

 

Saya telah dibuli oleh senior berlainan dengan kumpulan tertentu. Senior-senior itu bergaduh sesama sendiri. Ada dari Pahang dan ada dari Kelantan, yang paling teruk membuli saya daripada Kelantan.

 

Saya terfikir untuk meninggalkan sekolah tetapi kuatkan semangat untuk belajar. Saya tidak berjaya ke asrama penuh walau peperiksaan SRP terbaik di daerah Rompin. Tetpi tetap bersyukur untuk bersekolah jauh dari kampung.

 

Di Tingkatan Lima sewaktu bergelar senior, saya langsung tidak kisah pelajar Tingkatan Empat kerana saya tidak suka buli dan kerana kesibukan sebagai pendebat dan pemidato, yang bergelar pemidato terbaik Pahang.

 

Apa yang saya alami adalah pengalaman pahit tanpa dendam sedikit pun. Ada kemudian salah seorang senior saya meminta maaf tetapi saya telah maafkan semua orang.

 

Saya maafkan semua senior yang membuli, memukul, menghentam dan menyuruh saya melakukan perkara-perkara tidak senonoh termasuk bertelanjang.

 


SAY NO TO BULLY.

 

Saya tetap anti-buli sekolah walau telah mencapai usia kerana masih terasa buli menghantaui perasaan dan emosi walau belajar di New Zealand. - DagangNews.com