Talian WhatsApp Dr Azizan Osman bantu usahawan berdepan cabaran | DagangNews Skip to main content

Talian WhatsApp Dr Azizan Osman bantu usahawan berdepan cabaran

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

KUALA LUMPUR 28 Sept - Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman memperkenalkan talian WhatsApp Datuk Wira khusus untuk membantu bangsa usahawan ketika ini.

 

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd., talian tersebut telah dilancarkan pada 25 September 2022 di Telegram Azizan Osman Official.

 

"Usahawan berpeluang bertanyakan soalan berkaitan keusahawanan secara langsung kepada Dr. Azizan, melalui aplikasi itu.

 

"Inisiatif ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu usahawan-usahawan di luar sana yang kami faham sedang berdepan pelbagai cabaran," katanya.

 

Radz menambah, Dr. Azizan dibantu pasukan RichWorks akan menjawab persoalan mereka dengan menghantar kembali mesej dan video jawapan berkaitan.

 

"Oleh itu, RichWorks mengajak bangsa usahawan terutama mereka yang sudah bertahun berniaga namun masih kekal di tahap sama bertanyakan soalan.

 

"Kami tidak sanggup, melihat mereka yang serius membina bisnes bertahun-tahun mengalami kejatuhan hingga jika tak terkawal boleh melingkup," ujarnya.

 

 

azizan
Kod QR WhatsApp Datuk Wira

 

 

Dalam pada itu, Dr. Azizan juga akan meluangkan masanya setiap Ahad bermula minggu ini sebagai persediaan usahawan sebelum berjumpa secara langsung di 10X Bina Bisnes Berjaya, hujung Oktober ini.

 

"Sesi khas itu berlangsung pada 2, 9, 16 dan 23 Oktober bermula pukul 8 pagi yang mana Dr. Azizan memberikan panduan dan strategi penting bagi usahawan masa ini," jelasnya.

 

Untuk menghantar mesej WhatsApp Datuk Wira, boleh ke pautan ini, bit.ly/tanyadwdao atau imbas kod QR tertera. - DagangNews.com