Skip to main content

TH Heavy Engineering akhiri dagangan tengah hari di kaunter paling aktif, sahamnya merosot hampir 70%

 

 

KUALA LUMPUR 2 Dis - Saham TH Heavy Engineering Bhd. mendahului kaunter paling aktif ketika dagangan berakhir tengah hari ini, dengan harga sahamnya bernilai 2 sen. 

 

Sepanjang pagi ini, harga sahamnya merosot sehingga 69.23% atau 4.5 sen selepas Bursa Malaysia Securities Bhd. (Bursa Securities) menolak permohonan lanjutan masa untuk mengemukakan pelan penyusunan semula syarikat. 

 

Dengan 86.9 juta saham diniagakan, ia menjadikan nilai pasaran syarikat pada RM44.42 juta. 

 

 

Baca : Dagangan TH Heavy Engineering akan digantung 9 Dis, berisiko dinyahsenarai

 

Semalam, Bursa Securities berkata, dagangan TH Heavy Engineering akan digantung mulai 9 Disember 2021 dan sekuriti syarikat akan dinyahsenarai pada 13 Disember 2021 melainkan rayuan pembatalan dikemukakan kepada Bursa Securities pada atau sebelum 8 Disember 2021.

 

Sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tempoh rayuan ini tidak akan dipertimbangkan oleh Bursa Securities

 

Syarikat dilaporkan memohon lanjutan tambahan selama 6 bulan sehingga April 2022 bagi membolehkannya mengemukakan pelan berkenaan yang sepatutnya berakhir 22 Oktober lalu.

 

TH Heavy Engineering tergelincir dalam kategori syarikat bermasalah kewangan di bawah Nota Amalan 17 (PN17) pada April 2017. - DagangNews.com