TNB kongsi panduan guna elektrik semasa Tahun Baharu Cina | DagangNews Skip to main content

TNB kongsi panduan guna elektrik semasa Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR 29 Jan - Sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut minggu depan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyarankan beberapa panduan bagi memastikan peralatan elektrik dan kediaman ditinggalkan dalam keadaan selamat buat pengguna yang pulang ke kampung halaman.

 

Untuk kediaman yang akan menjadi tumpuan keluarga berkumpul, pengguna dinasihatkan agar tidak menggunakan soket elektrik secara berlebihan bagi mengelakkan beban elektrik keterlaluan.


 

TNB

 


Panduan-panduan keselamatan yang disarankan berikut juga memastikan peralatan elektrik dan kediaman ditinggalkan dalam keadaan selamat serta jimat tenaga:

1. Tutup suis peralatan elektrik yang tidak digunakan dan tanggalkan palam bagi mengelakkan arus elektrik terus mengalir;

2. Pastikan semua soket dalam keadaan baik dan tidak dibebankan dengan penyesuai (adapter) dan kabel penyambung (extension cable);

3. Buka gulungan wayar sambungan tambahan (extension wire) sepenuhnya untuk mengelakkannya menjadi terlalu panas jika digunakan;

4. Gunakan alat pengukur masa (timer) sekiranya ingin memasang lampu bagi tujuan keselamatan agar ia tidak menyala 24 jam; dan

5. Periksa peralatan elektrik yang ingin digunakan bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan lancar.

 

Para pengguna dinasihatkan menghubungi TNB CareLine di talian 15454 atau Facebook TNB CareLine untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik pada cuti Tahun Baru Cina nanti. - DagangNews.com