TRC Synergy catat untung bersih RM3.32 juta bagi 2QFY22 | DagangNews Skip to main content

TRC Synergy catat untung bersih RM3.32 juta bagi 2QFY22

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 30 Ogos - TRC Synergy Berhad mencatatkan untung bersih RM3.32 juta bagi 2QFY22 yang merangkumi kerugian tukaran wang asing yang tidak direalisasikan sebanyak RM1.76 juta.

 

Keuntungan teras bersih kumpulan adalah sebanyak RM5.08 juta berbanding RM4.87 juta pada tahun lalu.

 

Hasil kumpulan itu meningkat 12.4% kepada RM198.69 juta daripada RM176.73 juga yang direkodkan pada tahun lalu dengan bahagian pembinaan menyumbang sebanyak 84% manakala bahagian pembangunan hartanah menyumbang sebanyak 13% dan 3% lagi disumbangkan oleh operasi hotel.

 

Bagi tempoh kumulatif 6MFY22, hasil dan keuntungan kasar kumpulan adalah sebanyak RM375.11 juta dan RM6.76 juta.

 

Pengarah Urusan kumpulan, Tan Sri Sufri Mohd. Zain berkata, pihaknya berbangga dengan prestasi suku kedua kumpulan walaupun berdepan pelbagai cabaran dalam industri pembinaan dan pembangunan hartanah.

 

"Pelaksanaan projek MRT3 akan menjadi sesuatu yang besar buat industri pembinaan Malaysia dan berdasarkan rekod kami dalam pembinaan infrastruktur landan kereta api seperti MRT dan LRT, kami optimis untuk mendapatkan sebahagian daripada projek ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Buat masa sekarang, kumpulan itu memiliki tempahan yang belum dibilkan sebanyak RM800 juta dan jualan hartanah sebanyak RM180 juta yang akan membuatkan mereka sibuk sehingga 2024.

 

Kumpulan itu juga yakin bahawa pembangunan Ara Sentral Fasa 2 yang bakal dilancarkan pada 2023 akan diterima baik bedasarkan kedudukan yang strategik berhampiran stesen LRT Ara Damansara.

 

Pembangunan keseluruhan Ara Sentral melibatkan kawasan seluas 6.15 hektar dengan nilai pembangunan kasar RM1 bilion. - DagangNews.com