Ujian makmal dapati tiada mikroplastik di dalam sampel air mineral semula jadi Spritzer | DagangNews Skip to main content

Ujian makmal dapati tiada mikroplastik di dalam sampel air mineral semula jadi Spritzer


KUALA LUMPUR 14 April – Spritzer Malaysia, pengeluar air mineral semula jadi paling laris di Malaysia, telah menerbitkan hasil analisis oleh sebuah makmal bebas terkemuka, Sirim Berhad. Hasil analisis tersebut menunjukkan tidak wujud mikroplastik yang dikesan di dalam air mineral semula jadi yang kaya dengan silika.

 

Makmal berkenaan baru-baru ini telah melakukan ujian daripada sampel yang diambil daripada botol Air Mineral Semula Jadi Spritzer 600ml yang dikeluarkan pada 21 Januari 2021, dan tidak mengesan sebarang sintetik polimer atau mikroplastik, walaupun diuji di bawah 50 kali pembesaran.

 

Ini bertentangan dengan kajian yang dilakukan oleh State University of New York – Fredonia (“SUNY-Fredonia”) bertajuk “Pencemaran Sintetik Polimer di Dalam Air Dibotolkan”, mendedahkan bahawa banyak air botol berjenama antarabangsa adalah tercemar dengan mikroplastik.

 

Menurut US National Oceanic and Atmospheric Administration dan European Chemicals Agency, mikroplastik merupakan serpihan halus plastik berasal dari pelbagai pemprosesan industri dan pembuatan yang boleh mencemarkan ekosistem semula jadi.

 

Ujian yang dilakukan oleh SUNY-Fredonia merangkumi 259 botol individu dari 27 lot berbeza daripada 11 jenama, dibeli di 19 lokasi di sembilan negara di seluruh dunia.

 

Laporan SUNY-Fredonia mencatatkan bahawa terdapat purata 325 partikel per liter, dengan penumpatan berkisar dari sifar hingga lebih 10,000 partikel di dalam sebiji botol. Laporan itu mendapati bahawa 93% daripada sampel berkenaan didapati mengandungi mikroplastik.

 

Paling ketara, ujian SUNY-Fredonia menunjukkan bahawa mikroplastik dikesan di dalam sampel jenama-jenama ini daripada saiz 6.5 uM (mikrometer) hingga to 100 uM.

 

Namun demikian, analisis terbaharu yang dilakukan oleh makmal bebas mendapati di dalam julat ini dan meskipun sehingga 1uM, tidak terdapat mikroplastik ditemukan di dalam Air Mineral Semula Jadi Spritzer.

 

Penemuan daripada Sirim itu adalah pengesahan kuat kepada pemprosesan kualiti ketat yang diamalkan oleh Spritzer, dan bukti terhadap usaha-usahanya di dalam memastikan kawasan semula jadi seluas 330 ekar di Taiping, Perak terletak berhampiran dengan hutan hujan tropika di mana Syarikat mendapatkan sumber untuk air mineral semula jadi, sentiasa dijaga dengan bersih dan selamat untuk diminum.

 

Spritzer, yang telah meraih anugerah atas rasa kesegaran air mineralnya selain pelbagai sijil bagi pemprosesan produk, adalah komited untuk memelihara integriti, kualiti, keselamatan dan keaslian sumber air semula jadi dengan teknologi canggih dan pengautomasian pembotolan digunakan supaya ia bebas daripada pencemaran.

 

Air mineral kaya dengan silika juga didapati bermanfaat untuk kesihatan, sebagaimana ditemukan menerusi kajian Keele University di UK.

 

Mereka yang meminum antara 1 hingga 1.5 liter Air Mineral Semula Jadi Spritzer boleh mengurangkan atau membasmi toksin aluminium di dalam badan mereka kerana asid silikat di dalam air mineral semula jadi akan beradun dengan toksin yang kemudiannya dibuang sebagai air kencing dari badan manusia. - DagangNews.com