Cadangan penggabungan KWSP dan Perkeso tidak sesuai | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Volatiliti - 13 Mar 2023 07:50 AM

Cadangan penggabungan KWSP dan Perkeso tidak sesuai

 

 

BARU-BARU ini ada cadangan dikemukakan agar kerajaan menggabungkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

 

Apakah sebenarnya objektif penggabungan ini? Adakah akan mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak?

 

Ia perlu dilihat daripada keperluan, akta, tadbir urus dan kebaikan yang bakal diperoleh daripada penggabungan ini.

 

Adakah penggabungan ini adalah jalan yang paling terbaik bagi dua organisasi besar yang membawa kepentingan rakyat ini?

 

Apakah fungsi KWSP sebenarnya?

KWSP merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia. Ditubuhkan pada 1951, kami membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.


 

tnb

 


KWSP berperanan mencipta persaraan yang lebih baik untuk semua ahli. Selari dengan visi utama KWSP iaitu membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP meneruskan mandat dengan merangkumi pembangunan infrastruktur negara dan dalam masa yang sama melindungi dan meningkatkan simpanan persaraan ahli.

 

KWSP berusaha tingkatkan keuntungan dalam ketidaktentuan global

Sehingga 31 Disember 2022, KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan kasar lebih rendah sebanyak RM55.33 bilion, berbanding RM68.89 bilion pada 2021, didorong oleh ketidaktentuan pasaran dan penilaian pasaran ekuiti dan pendapatan tetap yang lebih lembab.

 

KWSP juga telah mengumumkan kadar dividen 5.35% untuk Simpanan Konvensional dengan jumlah pembayaran sebanyak RM45.44 bilion; dan 4.75% untuk Simpanan Syariah dengan jumlah pembayaran sebanyak RM5.70 bilion, menjadikan jumlah pembayaran keseluruhan untuk tahun 2022 sebanyak RM51.14 bilion.

                 

Peranan Perkeso kepada ahlinya

Perkeso telah telah ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

 

Pada 1 Julai 1985, status Perkeso telah berubah kepada sebuah Badan Berkanun dan mulai 1 Januari 1992, Perkeso telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru Perkeso.


 

sosco

 


Perkeso ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

 

Pada 1 Julai 1985, status Pekerso telah berubah kepada sebuah Badan Berkanun dan mulai 1 Januari 1992, Perkeso telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru Perkeso.

 

Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial Perkeso adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income).

 

Perlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security. Dalam memenuhi matlamat tersebut, fungsi utama Perkeso adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan

 

Apa bezanya KWSP dan Perkeso?

Pastinya terdapat banyak perbezaan antara KWSP dan Perkeso

  1. KWSP ditubuhkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, manakala Perkeso dilindungi oleh Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan juga Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017
     
  2. Meneliti akta KWSP dan Perkeso pastinya  peranan dan fungsi dua organisasi ini adalah berbeza.
     
  3. Terdapat perbezaan besar dalam bilangan pencarum dan majikan yang terlibat dalam kedua -dua organisasi ini.
     
  4. Caruman KWSP adalah wajib bagi pekerja tempatan, manakala Perkeso adalah wajib bagi pekerja tempatan dan asing.
     
  5. KWSP menumpukan kepada tabungan dan pembiayaan persaraan manakala Perkeso pula bertanggungjawab terhadap peranan yang luas termasuk kemalangan dan kecederaan, kehilangan pekerjaan, pencari kerja, penempatan serta peningkatan kemahiran dan kemahiran semula.
     
  6. Perkeso menetapkan kadar siling gaji yang menyaksikan pekerja dikenakan caruman berkadar 0.5% manakala majikan sebanyak 1.75% demi melindungi pelbagai aspek keselamatan sosial. KWSP pula tidak menetapkan sebarang siling caruman, sebaliknya mengenakan kadar 11% dan 13 %, masing-masing untuk pekerja serta majikan.
     
  7. KWSP menjanjikan pulangan dividen kepada pencarum manakala Perkeso tidak menjanjikan sebarang pulangan dalam bentuk dividen kepada pencarum, sebaliknya memberikan sejumlah peruntukan jika wujud keperluan mengikut peruntukan Seksyen 2(6) dan Seksyen 24(1), masing-masing berkaitan perlindungan waktu perkhidmatan serta dalam perjalanan ke tempat kerja.

 

Fungsi yang berkait dan bertindih

Walaupun KWSP dan Perkeso ini mempunyai perbezaan, tetapi tujuannya adalah sama dalam melindungi rakyat.  Jika penggabungan 2 organisasi dilakukan, ia akan menghasilkan sistem yang menjadikan kedua-dua fungsi saling berkait dan bertindih.

 

Kerajaan perlu melihat bagaimana fungsi dan peranan kedua-dua organisasi ini jika betul-betul mahu digabungkan.


 

tnb

 


Gabung bukan satu cadangan yang baik

Selain melihatkan fungsi dan peranan, gabung dilihat bukan satu cadangan yang baik. 

 

Jika kerajaan mahu menggabungkan 2 organisasi ini, ia memerlukan penglibatan yang serius daripada setiap pemegang kepentingan kerana penggabungan mereka mungkin mempunyai kesan domino pada sektor lain.

 

Jika bergabung, bagaimana pula nasib pekerja-pekerja KWSP dan Perkeso? Penjenamaan semula syarikat juga memerlukan kos.

 

Dalam masa kini, kedua-dua organisasi ini perlu memperkasakan pelaburan mereka bagi menjana lebih banyak keuntungan di masa akan datang terutamanya KWSP.

 

Penggabungan perlukan perincian teknikal

Dari sudut pandang ekonomi dan kewangan, penggabungan ini boleh membawa kadar penjanaan pelaburan yang lebih baik dan akhirnya memberi kesan yang baik kepada pencarum.

 

Namun begitu ia bukan mudah untuk dilakukan. Jika lah kerajaan “berkeras” mahu menggabungkan 2 organisasi ini, perincian teknikal, mencakupi mekanisme penggabungan perlu dilakukan supaya ia tidak mengundang sebarang spekulasi dan kegusaran rakyat  khususnya dalam kalangan pencarum.

 

Kerajaan seharusnya  melihat lebih penting untuk memastikan kedua-dua organisasi ini dalam pengurusan pelaburan dana yang berkesan.


 

ninot aziz

 


Selain ,mengenal pasti mekanisme yang cekap dan berkesan yang mematuhi prosedur piawai untuk melindungi kepentingan ahli pelaburan.

 

Contohnya, menyediakan akses kepada pencarum untuk memantau secara berkala prestasi dana yang dilaburkan berbanding dari “sibuk” memikirkan penggabungan 2 organisasi ini.

                                                               

Moga yang baik-baik sahaja buat KWSP dan Perkeso! - DagangNews.com

 

Syamsyul Samsudin adalah Pensyarah Kanan (Kewangan dan Pelaburan) Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL VOLATILITI