Berpuasa di Semenanjung Gaza dirai mesra penduduk Palestin
SAYA pernah berpuasa di Gaza, Palestin dari 6 Ogos 2010 selama 2 minggu dinamakan Misi Ramadan di Gaza. Bertujuan untuk mengumpul maklumat dan membuat dokumentasi yang berkaitan untuk tujuan mengenal pasti bantuan dan keperluan umat Palestin khususnya di Gaza.
Selain itu kami juga akan menghulurkan bantuan makanan dan perubatan yang sewajarnya kepada penduduk Gaza yang memerlukan. Lebih menarik kami akan cuba berpuasa bersama penduduk Gaza pada peringkat awal Ramadan.
Apa yang menarik bagi misi ini ialah ia disertai oleh 45 orang delegasi termasuk kalangan bukan Islam, diketuai oleh tokoh pejuang Cikgu Azmi daripada Mapim. Sukarelawan dari pelbagai latar belakang dan usia untuk menghantar bantuan berjumlah kira-kira RM3 juta dalam bentuk makanan, ubat-ubatan dan pelbagai keperluan kepada penduduk Gaza.
Pada saya, kalau ditakdirkan Allah apa-apa berlaku kepada kami, termasuk kemungkinan terkorban, kami berharap Allah akan mencatatkannya sebagai sebahagian daripada amal kami yang tidak seberapa.
Semangat perjuangan turut dirasakan dalam kalangan ahli keluarga sukarelawan. Meskipun memahami risiko yang bakal ditanggung, riak wajah tenang oleh keluarga dan para sahabat yang mengiringi menenggelamkan suasana pilu yang wujud di hati masing-masing.
Misi tersebut dianjurkan susulan enam kapal awam Gaza Freedom Flotilla yang diserang pada 31 Mei 2010 di perairan antarabangsa di Laut Mediterranean. Sembilan aktivis terbunuh di dalam satu kapal yang diserang tentera Israel.
Misi Ramadan di Gaza ini merupakan suatu mesej umat Islam khususnya dan kemanusiaan seluruh dunia amnya untuk menjadikan bulan Ramadan penuh barakah itu sebagai titik tolak penyatuan dan kebersamaan seluruh dunia untuk menamatkan penderitaan rakyat Palestin.
Sewaktu tiba di pintu masuk Gaza dari Mesir, saya menangis beriya-iya melihat orang Palestin yang menyambut dengan penuh mesra. Saya tidak dapat menahan kegembiraan untuk masuk ke bumi Palestin buat pertama kali.
Kami berpelukan dengan mesra dan mereka menyambut kami dengan santun penuh terbaik. Saya melihat wajah-wajah penuh kehibaan namun keceriaan menyambut kami.
Saya melihat dari perjalanan keluar imigresen Palestin dengan jangkaan yang tinggi yang memberikan pengalaman baru. Sesungguhnya Palestin adalah seperti tanah tumpah dengan keasingan yang cepat luntur. Bagi saya yang telah sepuluh tahun di Dubai, sesungguhnya Gaza mempunyai kelainan dan keindahan tersendiri.
Walau tiada bangunan tinggi dan menarik, sendat dengan lebih 3 juta penduduk.
Seorang sahabat Palestin yang duduk di sebelah saya dalam bas bercakap dengan tenang. Dia menunjukkan kesan akibat penangkapan Israel dan asyik keluar masuk penjara Israel. Rasanya melebihi 30 kali masih boleh hidup dengan kekejaman Israel.
"Pergolakan di Palestin menandakan masih belum aman di dunia seluruhnya."
Dia tersenyum dan air mata mula mengalir di pipi saya mendengar dia berkata dengan tenang. Dia tetap bersemangat untuk menentang Israel sebagai musuh.
Di Gaza, saya telah belajar banyak pengalaman yang tidak ternilai daripada hampir semua orang. Kehidupan di Gaza kelihatan seperti biasa, terutamanya bagi mereka yang terpaksa menanggung penghinaan setiap minit. Penjara terbuka mempunyai detik-detiknya walau semakin menjadi tempat tinggal untuk semua orang Gaza.
Pada penghujung September 2022, Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) telah menahan 4,241 warga Palestin dalam tahanan atau penjara atas apa yang ditakrifkan sebagai alasan "keselamatan", termasuk 189 dari Semenanjung Gaza. Pada masa itu, IPS juga menahan 647 rakyat Palestin, 5 daripadanya dari Semenanjung Gaza, kerana berada di Israel secara haram.
Di Pusat Pemulihan Gaza, salah satu tempat yang dikunjungi bersama kumpulan saya, saya terpaksa menahan emosi yang amat menyedihkan untuk melihat mangsa akibat layanan tidak berperikemanusiaan Zionis yang mahu melupuskan Palestin
Kata-kata tidak dapat menggambarkan apa yang saya rasa. Traumatik. Setiap saat menangkap perasaan manusia dalaman saya dan menyentuh sensitiviti saya sendiri tentang kehidupan. Betapa untuk menjadi rakyat Malaysia tanpa peperangan dan musuh.
Terdapat banyak lencongan akibat senjata yang terus menghunus secara terbuka. Tentera Israel sentiasa tegas dan keras kepada rakyat Palestin dan bagi rakyat Palestin hanya jalan lurus ke syurga. Dan kita tidak seberapa jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai apa-apa untuk hidup melainkan keimanan kepada Allah.
Rakyat Malaysia perlu berada di semenanjung Gaza untuk melihat kehidupan yang serba lemah disebalik kurungan dari semua segi dan bidang.
Saya bertemu dengan salah seorang mangsa ganas, kejam rejim Zionis, kedua-dua tangan dan kakinya dipotong, dan tengkoraknya rosak (separuh kiri). Senyumannya akan mencairkan saya serta-merta.
Pada masa itu, saya memberinya setiap sen yang saya ada dalam poket. Saya tidak dapat melihatnya secara langsung, tidak sanggup melihat seorang manusia dalam keadaan yang menderita.
Dia menolak, menggunakan kepalanya untuk menunjukkan saya ke kotak derma.
"Di sini kami berkongsi, apa sahaja yang kami terima dan kami miliki!"
Saya melutut dan menangis bersungguh-sungguh.
Saya telah melawat tempat Sheikh Ahmed Yassin dibunuh di Gaza. Saya menangis berdiri di lokasi berhampiran masjid, membayangkan serangan kuat ke atas tubuhnya.
Pada 21 Mac 2004 - helikopter tempur Israel melepaskan peluru berpandu ke arah pemimpin rohani Hamas Shaikh Ahmed Yassin, ketika dia meninggalkan masjid selepas menunaikan solat subuh Isnin, membunuh pemimpin Hamas dan enam jemaah lain.
Seorang wartawan yang bergegas ke tempat kejadian selepas mendengar tiga letupan kuat menemui mayat kerusi roda Yassin yang berlumuran darah.
Al-Manar TV melaporkan bahawa Perdana Menteri Israel Sharon, secara peribadi menyelia pembunuhan Shaikh Yassin, yang kematiannya mungkin cubaan Sharon untuk mengalih perhatian orang ramai daripada skandal peribadinya.
Dia adalah salah satu rujukan daya tahan manusia yang muncul dari kesakitan dan banyak runtuhan, dengan tinggal bersama keluarga dan menyembuhkan dengan kuat untuk pemulihan beransur-ansur, emosi dan fizikal mereka, atau halangan yang menjadikannya mustahil.
Saya hanya menangis tanpa segan silu. Pusat ini melambangkan daya tahan manusia dalam setiap hari, pesakit menggambarkan proses penyembuhan emosi dan fizikal yang membuatkan dirinya dirasai dengan berlimpah di Gaza, walaupun ancaman konflik ketenteraan lain muncul pada bila-bila masa, bila-bila masa.
Mereka tidak cacat, tetapi saya.
Lelaki muda itu kemudian datang dan berbisik, "Kuatkanlah saudaraku!" (Bersambung)
Mohd Fudzail Mohd Nor telah aktif menulis di pelbagai medium termasuk sebagai kolumnis portal berita dan memenangi banyak hadiah sastera selama beliau berkelana di luar negara. Kolum Wainuiomata ini adalah bersempena nama bandar universiti beliau di New Zealand. - DagangNews.com