Guna khidmat Sirfis dari Amman ke Damsyik, Syria
JARAK antara Amman dan Damsyik mengambil masa lebih kurang 3 jam sejauh 176 km. Kami menyewa sebuah kereta untuk terus ke Lubnan melalui Syria. Sebuah lagi negara Arab yang ingin saya terokai dan jelajahi untuk melihat kontras serta perbandingan.
Program ke Syria di luar dugaan dan jangkaan namun memberi cabaran yang memuaskan hati seorang pengembara. Tidak dapat dijangka bagaimana warga Syria yang sukar untuk meramalkan namun dapat dirasakan kemesraan.
Damsyek dengan jumlah penduduk 1.6 juta merupakan ibu negara Syria dan merupakan antara bandar tertua di dalam sejarah. Terlampau banyak perkara yang boleh dilawat dan ditulis mengenai Damsyik dari pengetahuan.
Kami mempunyai dua pilihan untuk mendapatkan visa Syria. Boleh mendapatkan visa di kedutaan Syria terdekat atau boleh mendapatkan visa di sempadan.
Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan visa Syria di sempadan memerlukan pra-kebenaran, pelepasan keselamatan khas yang diatur.
Saya memohon visa di sempadan setelah disoal oleh pihak imigresen yang mahu tahu mengapa ingin berkunjung ke Damsyik. Saya menjawab saya ingin terus ke Lubnan dan diberi visa dalam 10 minit. Setelah menunggu di luar dan dicop paspot dengan membayar wang.
Selepas itu terus dengan kereta memasuki Syria dengan teruja dan gembira pertama kali memasuk Syria. Ketika itu perang masih belum bermula.
Damsyik tempat impian di mana ramai pelancong membuat impian mereka menjadi kenyataan dengan bergerak melalui jalan-jalan di zaman purba.
Banyak kawasan lain yang menarik tetapi seperti yang asli sebagai ibu negara Syria. Damsyik akan sentiasa ada dalam terowong masa maya, di mana rejim sosialis bercampur dengan percubaan besar untuk memodenkan bandar.
Biarpun rejim telah menafikan kemewahan Syria, Damsyik telah berjaya mengekalkan daya tarikannya di semua penjuru.
Bagi saya membuat keputusan untuk melawat Damsyik dan mengetahui bagaimana boleh melawatnya melalui jalan sempitnya untuk melayari dengan bebas. Rasanya pasti terpesona dengan balkoni kayu yang dapat mematuhi dengan teliti sepanjang perjalanan.
Saya dapat menikmati hari yang baik dalam hammam tradisional, dan melihat sekeliling pada perjalanan yang teratur. Singgah di masjid-masjid yang paling bersejarah.
Walau bagaimanapun, yang terbaik untuk merasakan beberapa cawan teh manis di kafe-kafe yang akan didapati di sekitar sudut-sudut jalan raya yang paling sibuk.
Sepanjang jalan melihat sekitar Syria dengan perasaan cukup berdebaran dengan keindahan dan kebobrokkan. Warga Syria ada yang kaya dan ada yang miskin daripada rumah dan flet.
Saya melihat sekeling dengan penuh minat tetapi tidak bertegur dengan orang Syria walau keinginan memuncak.
SIRFIS
Saya teringat kata pemandu pelancong perkataan sirfis yang berasal dari perkataan 'service' atau teksi. Konsep sirfis ni macam kereta sapu, mereka akan kumpul empat orang baru bergerak. Sirfis akan ambil 3 JD sorang dari Amman ke Nahar Aisyah, Syria ambil masa dalam 3 jam.
Di sempadan Jordan-Syria, warganegara Malaysia kena bayar 2 JD untuk visa masuk ke Syria.
Rasulullah SAW telah bersabda "Keberkatan ke atas Syam! Keberkatan ke atas Syam!" Para sahabat bertanya, "Kenapa begitu?" Rasullullah SAW menjawab, "Kerana para malaikat telah mengembangkan sayap mereka ke atas Syam."
Kerana Syria adalah salah sebuah negara bumi Syam yang diberkati dan dirahmati. Jika dilempar sebiji benih di atas padang pasir, akan tumbuh sepohon pokok.
Seumpama Syam diibaratkan oleh ulama dengan keberkatan bumi Syam ini ditambah dengan makam-makam para sahabat Rasulullah SAW dan banyak peristiwa-peristiwa penting bagi umat Islam.
Penduduk Syria berjumlah 22 juta orang dengan 90% terdiri daripada penduduk yang beragama Islam. 10 % lagi adalah penganut agama Kristian, sama ada daripada mazhab Greek Orthodox atau mazhab Roman Katolik. Pastinya agama Islam terpelihara dengan kelas-kelas agama di setiap masjid. Kerana itu ramai yang datang untuk belajar agama.
Bahasa Arab yang digunakan di Syria hampir serupa dengan Bahasa Arab tulen yang digunakan oleh orang-orang Arab zaman dulu dan juga seperti yang terkandung dalam al-Quran.
Boleh dikatakan orang-orang Syria terkenal dengan pertuturan yang lembut dan wajah-wajah yang cantik dan tampan. Saya mengagak hasil daripada percampuran antara pelbagai bangsa yang pernah menjajah Syria.
Syria mengamalkan sistem pemerintahan Republik yang diketuai oleh Presiden dan dibantu oleh Perdana Menteri. Matawang ialah Pound. RM1 bersamaan dengan 13 Pound.
Kami tiba tengahari dan tidak menziarahi sempat Makam Habil, lokasi gua tempat Habil di bunuh oleh Qabil. Rasa tidak puas hati kerana ingin tahu tempat kejadian asal manusia pertama, Nabi Adam.
Ada mengatakan lawatan sehari tidak mencukupi untuk menziarahi ke seluruh tempat-tempat menarik di kota tertua di dunia itu.
Program selepas untuk ke kawasan Old City Damascus untuk menziarahi Makam Sallehuddin Al-Ayubi, Makam Saidatina Ruqayyah, Masjid Umawi Dimashq dan Makam Nabi Yahya.
Damsyik dibina di lokasi yang strategis di dataran tinggi 680 m di atas permukaan laut dan kira-kira 80 km ke daratan dari Laut Tengah arah timur dari pantai timur Mediterranean, dilindungi oleh pergunungan, dibekalkan dengan air di Sungai Barada, dan di persimpangan antara laluan perdagangan.
Kawasan Damsyik dipercayai sudah dihuni seawal milenium ke-7 Sebelum Masehi dengan penubuhan kota Damsyik berlaku pada suatu waktu sekitar milenium ke-3 sebelum masihi.
Boleh dikatakan dari ribuan tahun, Damsyik sentiasa menjadi rebutan dan dikuasai oleh pelbagai tamadun. Antaranya seperti tamadun Aramaean, Assyria, Achaemenid, Yunani, Nabatea, Rom, Umayyah, Mongol, Turk dan juga Perancis. Dengan meninggalkan monumen-monumen yang masih boleh disaksikan sehingga ke hari ini.
Sebutan terawal yang memerihalkan Damsyik boleh didapati pada inskripsi-inskripsi Ebla. Ahli sejarah berpendapat kaum Amorites yang hidup pada kurun ke-18 sebelum masihi merujuk Damsyik sebagai Dimaski.
Sebutan lain turut ditemui di dalam Batu-Batu Bersurat Amarna dengan dipanggil sebagai Dimashqa. Nama Inggeris, Damascus pula diperkirakan mengambil sumber daripada sebutan versi Yunani.
Pemandu kereta sewa kami adalah dari Palestin yang bercerita tentang adiknya yang syahid di bunuh oleh tentera Israel. Dia merasa gembira adiknya syahid kerana menurutnya, di akhirat nanti adiknya boleh meminta Tuhan untuk mengampuni seramai lima orang dan adik beradiknya ada enam termasuk adiknya yang syahid.
Tetapi pemandu itu membawa kereta Mercedes cukup berbahaya bagi saya dan memotong saja ikut kemahuannya.
Saya menegur kalau saya meninggal dunia akibat pelanggaran kereta bagaimana mahu minta Tuhan untuk terus ke syurga kerana tiada adik-beradik yang mati syahid.
Pemandu itu terdiam dan mula memandu dengan baik, saya terlena kerana keletihan.
Mohd Fudzail Mohd Nor telah aktif menulis di pelbagai medium termasuk sebagai kolumnis portal berita dan memenangi banyak hadiah sastera selama beliau berkelana di luar negara. Kolum Wainuiomata ini adalah bersempena nama bandar universiti beliau di New Zealand. - DagangNews.com