2 penyelesaian baharu Maxis perkasa jenama perniagaan Malaysia | DagangNews Skip to main content

2 penyelesaian baharu Maxis perkasa jenama perniagaan Malaysia

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Syarikat telekomunikasi, Maxis terus menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian baharu yang akan menyokong jenama perniagaan tempatan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

 

Menerusi Maxis eCommerce & Retail, penyelesaian sehenti untuk perdagangan saluran omni, platform Digital Marketing Starter Kit ditawarkan untuk membantu perniagaan menggunakan e-dagang dalam mencapai lebih ramai pelanggan selain meningkatkan penjualan.

 

Ini dapat dilakukan dengan melancarkan iklan yang berkesan di Facebook, Instagram dan Google dalam empat langkah mudah.

 

Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Paul McManus berkata, pihaknya berusaha untuk menjadi rakan niaga perniagaan yang dipercayai, sebagai penyedia penyelesaian konvergen yang terkemuka. 

 

Paul McManus
Paul McManus

 

“Kami memahami cabaran yang mereka hadapi dan mempunyai penyelesaian dan kepakaran untuk membantu meningkatkan perniagaan mereka.

 

“Tujuan kami adalah untuk membolehkan perniagaan dari semua saiz memperoleh pelanggan baharu dan mendorong lebih banyak pendapatan melalui pakej yang disesuaikan menggunakan pemasaran digital strategik dan analisis mendalam,” katanya dalam sebuah kenyataan. 

 

Selain platform berkenaan, Cloud POS Lite pula menawarkan peluang kepada perniagaan makanan dan minuman (F&B) menembusi dalam talian dengan pantas. 

 

Cloud POS Lite membantu perniagaan untuk mencapai lebih ramai pelanggan dan menguruskan pesanan dengan berkesan di mana merangkumi rakan pembayaran dan penghantaran bersepadu dalam satu platform.

 

Kedua-dua produk tersebut merupakan sebahagian daripada tawaran SME Digitalisation Grant yang membolehkan perniagaan menuntut subsidi 50% sehingga RM5,000, menurut kenyataan sama. 

 

Dalam pada itu, pelanggan Maxis, XIXILI Intima (XIXILI), MR.DIY dan Kuvings Malaysia baru-baru ini memperoleh pengiktirafan serantau di Asia eCommerce Awards 2020. 

 

Untuk rekod, Maxis bekerjasama dengan XIXILI, peruncit pakaian dalam untuk mengintegrasikan inovasi kedai web di saluran e-dagang mereka.

 

Maxis juga membantu MR. DIY untuk meningkatkan trafik penggunaan dalam kalangan khalayak yang tepat, dan menghasilkan peningkatan eksponensial transaksi dalam talian sebanyak 350%. 

 

Bagi Kuvings Malaysia, Maxis berjaya mendorong trafik sasaran yang tepat ke kedai web Kuvings, untuk lebih banyak penjualan. - DagangNews.com