21 warga UPM terima anugerah Fellowship Naib Canselor | DagangNews Skip to main content

21 warga UPM terima anugerah Fellowship Naib Canselor

SERDANG 2 Nov - Seramai 21 warga Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima anugerah Fellowship Naib Canselor yang disampaikan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman pada Majlis Gemilang Akademia Putra (MGAP) 2019, di kampus induk UPM di sini.

 

MGAP adalah penghargaan dan pengiktirafan universiti terhadap warganya yang mempamerkan kecemerlangan atas usaha penerokaan dan pengembangan ilmu serta perkhidmatan pendidikan bagi menjulang pembudayaan ilmu.

 

Berucap pada majlis itu, Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan mengucapkan tahniah kepada warga UPM yang cemerlang dalam sumbangan mereka dan berharap terus dipelihara dengan nilai ihsan dan integriti.

 

“Semoga kecemerlangan ini memperoleh keberkatan dan berterusan dalam kalangan warga UPM untuk mengangkat wibawa UPM ke peringkat yang lebih tinggi dan usaha tersebut adalah matlamat bersama serta solidariti sebagai warga UPM,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

TERKINI: UPM kekal kedudukan kedua universiti terbaik di Malaysia dalam QS Asia University Rankings 2022

 

Anugerah Fellowship Naib Canselor (Anugerah Khas Akademia Putra) diterima oleh Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Idrus dari Fakulti Pertanian dan Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan.

 

Dua orang menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Pengajaran, Kategori Pengajar Cemerlang. Mereka ialah Prof. Madya Dr. Zunita Zakaria dari Fakulti Perubatan Veterinar bagi kategori Sains Kesihatan dan Prof. Madya Dr. Zulhamri Abdullah bagi kategori Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan.

 

Lima orang menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Pengajaran, Kategori Pengajar Muda. Mereka ialah Prof. Madya Dr. Mariatulqabtiah Abdul Razak dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, bagi Sains Tulen; Dr. Mohd Shahrudin Abd. Manan dari Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina, bagi Sains Gunaan; Dr. Ahmad Salahuddin Mohd Harithuddin dari Fakulti Kejuruteraan, bagi Kejuruteraan; Prof. Madya Dr. Moniza Waheed dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, bagi Sastera dan Sains Sosial dan Dr. Mas Nida Md Khambari dari Fakulti Pengajian Pendidikan, bagi Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan.

 

 

Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan 
Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan berucap pada Majlis Gemilang Akademia Putra 2019 di kampus induk UPM, Serdang pada 2 Nov 2021.

 


Dua orang menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Penyelidikan dan Inovasi, Kategori Penyelidik Cemerlang. Mereka ialah Prof. Dr. Mohd Rafii Yusop dari Fakulti Pertanian, bagi Sains dan Teknologi dan Prof. Madya Dr. Mohammad Noor Amal Azmai dari Fakulti Sains, bagi Sains dan Teknologi.

 

Seorang penerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Penyelidikan dan Inovasi, Kategori Penyelidik Muda adalah Dr. Mohd Roslan Rosnon dari Fakulti Ekologi Manusia, bagi Sains Sosial.

 

Lima orang menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor - Penyelidikan dan Inovasi, Kategori Penerbitan Makalah Jurnal. Mereka ialah Prof. Madya Dr. Yusran Sulaiman dari Fakulti Sains, bagi sains dan Teknologi; Dr. Daljit Singh a/l Karam Singh dari Fakulti Pertanian, bagi Sains Sosial; Prof. Ir. Dr. Ratnasamy Muniandy dari Fakulti Kejuruteraan, bagi Inovasi dan Pengkomersialan Produk dan Dr. Shamsudin Othman dari Fakulti Pengajian Pendidikan, bagi Seni dan Kreativiti.

 

 

UPM
Prof. Dr. Mohd Roslan menyampaikan Anugerah Fellowship Naib Canselor (Anugerah Khas Akademia Putra) kepada Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Idrus dari Fakulti Pertanian dan Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan.

 

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Azlizam Aziz dari Fakulti Perhutanan menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Perunding Cemerlang, bagi Sains dan Teknologi dan Prof. Madya Dr. Dahlia Zawawi dari Sekolah Peniagaan dan Ekonomi, bagi Sains Sosial.

 

Lima orang menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Perkhidmatan Profesional, Kategori Pengurusan dan Profesional. Mereka adalah Leftenan Kolonel (PA) Bersekutu Prof. Dr. Kulanthayan KC Mani dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, bagi Akademik; Dr. Fauziah Adnan dari Pusat Kesihatan Universiti UPM, bagi Bukan Akademik dan Aslinah Adnan dari Taman Pertanian Universiti, bagi Pelaksana. – DagangNews.com

 

 

BACA JUGA : KURSI MB SELANGOR DIWUJUDKAN DI SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM