Bintai Kinden peroleh persetujuan bank bagi menstruktur semula pinjaman dalam usaha keluar dari PN17
KUALA LUMPUR 1 Ogos - Bintai Kinden Corp Bhd, yang berbaki dua bulan untuk mengemukakan pelan penyusunan semula, berkata kelulusan telah diterima untuk penstrukturan semula dan penjadualan semula kemudahan perbankan anak syarikat milik penuh, Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn Bhd.