Ancom Nylex peroleh 70 peratus saham Colorex berharga RM14 juta, usaha mengembangkan portfolio kimia
KUALA LUMPUR 20 Sept — Kumpulan kimia bersepadu Ancom Nylex Berhad, melalui anak syarikat milik penuhnya Nylex Holdings Sdn Bhd, telah memperoleh 70 peratus kepentingan ekuiti dalam Colorex Sdn Bhd dengan jumlah pertimbangan tunai RM14 juta.