Pengalaman proses pendigitalan Hibah Wasiyyah Shoppe Berhad | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Anekdot Mawarith - 18 Dec 2024 07:00 AM

PENGALAMAN PROSES PENDIGITALAN HIBAH WASIYYAH SHOPPE BERHAD

 

 

Pada 16 Disember 2024 yang lepas, Wasiyyah Shoppe Berhad memenangi Anugerah Brand of The Year Digitech Award oleh Brand Laureate.

 

Kemenangan dicapai melalui aplikasi mudah alih akad hibah digital kami , Usra Hibah Digital Document (UsraHDD).

 

 

wasiyyah
UsraHDD Wasiyyah Shoppe Berhad menerima Anugerah Best Brand Award Digitech Brand Laureate 2024

 

wasiyyah

 

 

Saya rasa sangat gembira dan penuh dengan perasaan ‘sense of fulfillment’ kerana saya tahu secara tepat apa yang telah kami lalui selama membangunkan aplikasi mudah alih ini.

 

Pengalaman pendigitalan ini kali pertama kami lalui ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada tahun 2020 kerana pandemik COVID-19. Di dalam situasi pra COVID-19, akad hibah yang kami laksanakan ialah secara fizikal. Pemberi dan Penerima hibah beserta saksi perlu hadir di dalam satu majlis akad hibah.

 

Majlis ini agak sukar dijalankan kerana pemberi dan penerima hibah mungkin berada di lokasi berbeza dan perlu bersusah-payah dari segi masa dan wang untuk bertemu. Majlis ini juga mungkin akan memakan masa berjam-jam lamanya. Walau bagaimanapun keadaan ideal ini tidak boleh dilaksanakan apabila PKP bermula.

 

Pada ketika itu juga kerana kadar kematian yang tinggi kerana COVID-19, masyarakat berebut-rebut ingin membuat hibah dengan Wasiyyah Shoppe Berhad. Kami pening memikirkan bagaimana hibah boleh dibuat sekiranya pemberi dan penerima hibah serta saksi tidak boleh bertemu.

 

Maka idea serta-merta yang timbul ketika itu ialah membangunkan kaedah hibah melalui akad televideo memandangkan ketika itu mesyuarat secara televideo menjadi sesuatu yang biasa.

 

Dalam tempoh 2 bulan sahaja, dengan bantuan Panel Syariah kami yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi, kami telah berjaya melancarkan kaedah hibah mengikut metadologi ini.

 

Alhamdulillah, masyarakat menerima baik inisiatif ini dan kami berjaya membantu pelanggan melalui akad hibah tanpa perlu bersemuka secara fizikal.

 

Kaedah hibah ini terbukti sah apabila perintah pengesahan hibah ini berjaya kami peroleh daripada Mahkamah Syariah Selangor pada tahun 2023. Namun ia bukanlah penyelsaian terbaik.

 

Cabaran datang apabila akad hibah melalui televideo ini selalu tergendala kerana masalah talian internet. Apabila sesi rakaman video terganggu, maka akad itu perlu diulang semula. Ini menyebabkan proses akad hibah melalui kaedah ini memakan masa sehingga berjam-jam lamanya.

 

 

wasiyyah
Hasil kolaborasi dengan FSKTM Universiti Malaya membuahkan hasil

 

 

Kami kembali semula ke ‘drawing board’ kami dan berhempas-pulas mencari rumusan terbaik dan perbincangan saya bersama Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) Universiti Malaya memberikan alternatif penyelesaian.

 

Satu memorandum persefahaman ditandatangani di mana fakulti ini akan mencadangkan graduannya yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi untuk membantu Wasiyyah Shoppe Berhad membangunkan sistem aplikasi mudah alih yang lebih cekap daripada kaedah televideo.

 

Melalui bakat-bakat muda generasi milennial dan generasi Z yang berkebolehan ini, akhirnya pada Mac 2023, aplikasi mudah alih akad hibah digital tanpa kertas yang pertama di dunia diperkenalkan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad melalui anak syarikatnya Himayah Technology Sdn Bhd.

 

Aplikasi yang dinamakan Usra Hibah Digital Document (UsraHDD) ini membolehkan pemberi dan penerima hibah yang berada di mana-mana lokasi seluruh dunia untuk melaksanakan akad hibah mereka.

 

Melalui aplikasi mudah alih ini, pelanggan boleh melaksanakan akad hibah mereka hanya di dalam masa kurang daripada 15 minit. Saya telah mengembara ke banyak negara seluruh dunia bercakap dan belajar tentang hibah namun saya tidak pernah menemukan apa-apa aplikasi mudah alih seperti UsraHDD.

 

Semenjak 2023, seramai 5,000 orang pelanggan telah berakad hibah melalui sistem ini dan jumlah ini semakin meningkat kerana ia sangat mudah, cepat dan selamat. Saya percaya menjelang 2025, kami akan dapat membantu lebih daripada 15,000 orang Islam merancang harta melalui kaedah ini.

 

Sama ada kita suka atau pun tidak, era digital adalah satu gelombang besar yang sedang mengubah lanskap dunia dengan drastiknya.

 

Kita sama ada memilih jalan  untuk bersusah-payah ‘ride’ dan berdepan dengan gelombang ini seperti yang Wasiyyah Shoppe Berhad lakukan atau mengambil jalan mudah kekal dengan cara kita berfikir dan bekerja sekarang walaupun kita tahu gelombang ini bakal menenggelamkan kita.   

 

 

wasiyyah
MOU antara Wasiyyah Shoppe Berhad dan FSKTM Universiti Malaya

 

 

Apabila ditanya soalan sama ada senang atau susah kami ingin membina sistem mudah alih ini, saya hanya tersenyum sahaja. Mungkin ada orang mentafsirkan jawapan di dalam bentuk senyuman itu bermakna ia mudah sahaja dibuat.

 

Namun hakikatnya terlalu banyak pengorbanan dan kerja  yang terpaksa kami lakukan untuk mencapai tahap ini. Oleh kerana teknologi aplikasi mudah alih seperti ini memang tidak wujud lagi di dunia ketika fasa pembangunannya, perbelanjaan yang sangat banyak diperlukan dan masa yang diluangkan untuk juga tidak sedikit bagi memikirkan spesifikasi sistem serta yang paling penting sekali ialah mesti patuh dengan piawaian Syariah yang diguna pakai di Malaysia.  

 

Kejayaan memenangi Anugerah Digitech Brand Award yang berprestij ini sebenarnya ialah hasil dari kerja kuat keseluruhan pasukan saya di Himayah Technology Sdn Bhd dan Wasiyyah Shoppe Berhad. Saya bukan pakar sistem dan tidak tahu apa-apa tentang dunia IT. Saya hanyalah pembimbing dan mentor kepada anak-anak muda ini.

 

Saya mengiktiraf bahawa bakat dan tenaga anak-anak muda ini amat baik sekali. Saya menetapkan hala tuju dan kemudiannya memberikan sepenuh kepercayaan kepada mereka untuk mereka mengeluarkan idea-idea kreatif bagi mencapai hala tuju tersebut. Apabila sistem ini mula menampakkan kejayaannya, saya memberi kredit dan imbuhan yang selayaknya untuk mereka.  

 

 

wasiyyah

 

 

Alhamdulillah, walaupun banyak cabarannya, saya bersyukur kerana Allah SWT memudahkan perjalanan kami. Saya sangat percaya bahawa apa sahaja yang kami capai hari ini, ia hanya berlaku dengan izin Allah SWT.

 

Kita mungkin ada segala idea tetapi Dialah yang menentukan hasilnya.

 

Semoga segala usaha membantu umat Islam merancang harta melalui UsraHDD ini akan Allah SWT terima sebagai sebahagian daripada amalan baik kami di dunia ini dan menjadi bekalan di akhirat.

 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL ANEKDOT MAWARITH

 

 

 

 

 

 

 

Ariffin Sabirin
Tn Hj Ariffin Sabirin adalah Pengasas, Presiden Kumpulan dan CEO Wasiyyah Shoppe Bhd

 

 

dagangnews