Hikayat Fandom meneroka 2,000 tahun sejarah Kepulauan Melayu | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Dari Hikayat Kita - 02 Dec 2024 07:00 AM

HIKAYAT FANDOM MENEROKA 2000 TAHUN SEJARAH KEPULAUAN MELAYU
 

 

 

Tiada jiwa suatu bangsa itu, tanpa mengenali warisan sejarah dan budayanya..

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Pengasas UNESCO Geopark Global Council

 

 

 
Hikayat Fandom telah melancarkan dua penerbitan hasil penyelidikan terperinci tentang sejarah dan warisan. "KEPULAUAN MELAYU - ENSIKLOPEDIA BERILUSTRASI TAMADUN DUNIA SILAM" dan "TRAILBLAZER, Legacy & Life ABU Bakar of Pahang" membawa sudut pandangan unik warisan Nusantara dan Pahang.

 

 

hikayat

 


 
KEPULAUAN MELAYU | Ensiklopedia Berilustrasi Tamadun Dunia Silam menampilkan usaha berkolaborasi dari 19 ahli akademik dan penyelidik terkemuka dari enam negara.

 

Dikaitkan dengan sejarah kerajaan-kerajaan silam, dan tradisi bersama seantaro Asia Tenggara, Kepulauan Melayu mempunyai kerajaan hebat, dengan peneroka maritim Dunia Melayu melayari lautnya selama berabad-abad, dan tokoh-tokoh besar mengabadikan kesan yang berkekalan pada landskap yang beraneka ragam.
 

Ditaja oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, penerbitan ini mengambil masa setahun untuk direalisasi. 

 

Walaupun menjadi tumpuan budaya dan bahasa, Dunia Melayu dan Tamadunnya sering kali tidak dimasukkan sebagai sebahagian daripada garis masa Tamadun Dunia. Matlamat kami di Hikayat Fanfom adalah untuk memaparkan bahawa tamadun Melayu adalah tamadun yang besar kepada dunia.


 
KEPULAUAN MELAYU | Ensiklopedia Berilustrasi Tamadun Dunia Silam disokong oleh artikel hasil penulisan 19 pakar terkemuka termasuk Sasterawan Negara Prof Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh, Ketua Koleksi Asia Tenggara British Library, Dato Dr. Annabel Gallop, Presiden PRCA Malaysia Prof. Haji Said Bani C M Din, Prof Datuk Ahmad Murad Merican, pakar dunia dalam bidang Geologi dan Geopark UNESCO, Prof Emeritus Dr. Ibrahim Komoo, ahli sejarah yang terkenal Cik Srikandi, ahli bahasa dan penyair Indonesia Dr. Imam Qalyubi dari Indonesia dan ramai lagi.


 
Ilustrasi memukau Walid Muhammad, Ariyana Ahmad, Dani Warguide, Faizal Rahmat, Oki Supriandi dari Indonesia dan Nur Sakinah, Ensiklopedia ini akan menjadi tambahan koleksi cantik kepada perpustakaan rumah dan warisan keluarga.

 

Buku ini juga merangkumi Kod QR Interaktif yang berkongsi muzik gamelan oleh Gangsapura, alunan Togok dari NJWA dan video dari Astro Awani dan Yayasan Hasanah.

 

 

hikayat

 


 
Selain itu, TRAILBLAZER | LIFE & LEGACY ABU BAKAR OF PAHANG yang ditulis oleh Tunku Iskandar Dzulkarnain dan Ninot Aziz merupakan biografi tentang kehidupan yang mengujakan dan sering berbahaya Sultan Abu Bakar, Sultan ke-4 Pahang zaman moden.

 

Dengan penyelidikan yang teliti dan temubual bersemuka yang dijalankan oleh Tun Suzana Othman, TRAILBLAZER mengaitkan sejarah, warisan, dan hikayat dengan penuh kemahiran dalam edisi ilustrasi yang begitu menarik oleh Walid Muhammad dan Ariyana Ahmad yang pastinya akan memikat peminat dan cendekiawan.


 
Bagi memperingati pelancaran penerbitan yang luar biasa ini, Hikayat Fandom telah mengadakan pelancaran buku pada 30 November 2024 di Pameran Buku Antarabangsa Selangor, Pusat Konvensyen Setia City.

 

 

hikayat

 

hikayat

Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tuan Haji Mohd Amran Mohd Haris; Pengarah MBKM, Khair Ngadiron; Pengarah Kota Buku, Adibah Omar dan Presiden MBBY Datok Ahmad Redza.

 

 

hikayat

Acara tersebut juga menyaksikan pengiktirafan tukang cerita Samsul Khamariah Hamzah aka Ummi Sham dan Cikgu Ean atau Teoh Choon Ean ke Hikayat Fandom Storyteller Guild.
 

Hikayat Fandom berada di gerai P42, di Selangor International Book Fair yang berlangsung hingga 3 Disember memberi tumpuan kepada penerbitan berfokus pada Sastera. Sejarah. Sejarah. oleh pengasas Ninot Aziz dan Rudy Daud. - DagangNews.com
 

 

Ulasan Encyclopedia

Ensiklopedia ini menghimpunkan pemikir  terbaik dalam kajian mengenai rantau Asia Tenggara, dengan menawarkan manfaat terbaik yang dibawa oleh penemuan-penemuan yang sudah dikenali serta yang terkini, pemikiran dan kreativitinya.
 
Prof Emeritus Dr Muhammad Hj Salleh
 

 

Bakal menjadi mahakarya dengan izin-Nya, yang nilainya tidakkan hilang di dunia!
 
Cik Srikandi
 

 

Ensiklopedia ini bukan sekadar catatan sejarah; ia adalah khazanah pengetahuan yang memaparkan kerajaan agung seperti Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya dan Kesultanan Melaka. Dengan visual yang menarik dan ilustrasi yang memukau, ensiklopedia ini direka untuk menarik perhatian pembaca merentas generasi…
 
Prof Haji Mohd Said Bani Che Mat Din
Presiden PRCA Malaysia 

 

 

 

hikayat

Ninot Aziz merupakan Presiden Persatuan Sastera Lisan Malaysia 2023/2024 dan adalah penggiat seni serta kebudayaan Melayu, dari bzBee Consult, aktif menulis di dalam pelbagai medium seperti akhbar dan menerbitkan buku-buku seperti Bentala Naga - A Makyung Tale dan Lipur Lara Nusantara dan kini menulis menerusi kolum Dari Hikayat Kita di DagangNews.com, setiap Isnin.   Emel : [email protected]
 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL DARI HIKAYAT KITA

tnb