Terkini | DagangNews Skip to main content

PLUS peruntuk RM18 juta naik taraf tandas awam di 31 lokasi lebuh raya tahun ini

KUALA LUMPUR 30 Nov - PLUS Malaysia Bhd memperuntukkan kira-kira RM18 juta untuk kerja-kerja naik taraf tandas awam di beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol terpilih sepanjang Lebuhraya PLUS. 

 

Unjuran untung bersih Cahya Mata Sarawak bagi FY23-24 dipotong sehingga 28% diheret kerugian loji fosfat – Maybank IB

KUALA LUMPUR 30 Nov - Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengurangkan unjuran keuntungan bersih teras Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) bagi tahun kewangan 2023 dan 2024 (FY23-24) masing-masing sebanyak 28% dan 12% dengan jangkaan kerugian loji fosfat kumpulan melebar.

 

Sunway, Equalbase terajui hab logistik neutral karbon bernilai RM8 bilion di Zon Komersial Bebas

KUALA LUMPUR 30 Nov - Kumpulan Sunway dengan kerjasama Equalbase membangunkan sebuah kemudahan logistik bernilai RM8 bilion yang dikenali sebagai Equalbase Sunway 103° di zon komersial bebas Sunway City Iskandar Puteri.

 

MIDF Research turunkan unjuran pendapatan Glomac sebanyak 57% bagi FY24

KUALA LUMPUR 30 Nov - MIDF Research menyemak turun unjuran pendapatan Glomac Berhad sebanyak 57% bagi FY24 selepas mengambil kira projek hartanah yang memiliki margin keuntungan rendah.

 

Perbelanjaan modal Petronas mungkin meningkat tahun depan – Maybank IB

KUALA LUMPUR 30 Nov - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menjangkakan perbelanjaan modal (capex) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) meningkat pada 2024.

 

Masteron lancar projek kediaman Astra @ Aurora Residence di Puchong, harga bermula RM310,000

KUALA LUMPUR 30 Nov - Pemaju hartanah, Masteron yang terkenal dengan projek seperti Verando Residence @ PJ South Sentral dan siri ‘Koi’ di Puchong, melancarkan majlis pecah tanah projek kediaman terbaharunya, Astra @ Aurora Residence, Puchong. 

 

Pembukaan semula ruangan runcit KLIA sepenuhnya, MIDF Research jangka Malaysia Airports raih hasil lebih kukuh

KUALA LUMPUR 30 Nov - MIDF Research menjangkakan hasil sewa dan komersial yang lebih kukuh bagi operasi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di Malaysia, didorong pembukaan semula sepenuhnya ruang runcit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1QFY24.

Rainforest Challenge Grand Final berlangsung di Perak, tampilkan 300 peserta termasuk antarabangsa

IPOH 30 Nov - Acara sukan permotoran ekstrem, Rainforest Challenge (RFC) Grand Final 2023 akan berlangsung di Perak yang mengumpulkan lebih 300 peserta tempatan dan antarabangsa.

 

GoodMorning Global perkenal daging berasaskan tumbuhan WonderMeat

KUALA LUMPUR 30 Nov - Syarikat teknologi makanan tempatan, GoodMorning Global Group Holdings Bhd secara rasmi melancarkan daging berasaskan tumbuhan (PBM) pemakanan lengkap campuran kering yang pertama di Malaysia, baru-baru ini.

 

Unjuran pendapatan Axiata bagi FY23-25 dikurangkan sehingga 43.1% kesan kos kewangan, kadar cukai lebih tinggi – MIDF Research

KUALA LUMPUR 30 Nov - Unjuran pendapatan Axiata Group Berhad bagi tahun kewangan 2023 hingga 2025 (FY23-25) dikurangkan antara 22.3% hingga 43.1% selepas mengambil kira kos kewangan dan kadar cukai berkesan yang lebih tinggi , menurut MIDF Research.

 

Subscribe to Terkini