KUALA LUMPUR 23 Sept. - Walaupun seluruh dunia masih menghadapi cabaran kerana pandemik COVID-19, keyakinan dalam pasaran Malaysia tetap teguh terutamanya daripada pelabur asing berdasarkan pelaburan sebanyak RM23.1 bilion dalam pasaran bon sehingga Ogos.