Terkini | DagangNews Skip to main content

JLand, Mitsui jalin kerjasama bangunkan Pusat Data Hiperskala dan Ladang Solar Kegunaan Sendiri di Sedenak

KUALA LUMPUR 5 Dis - Anak syarikat Johor Corporation (JCorp), JLand Group Sdn Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Mitsui & Co., Ltd. bagi meneroka peluang perniagaan serta membangunkan projek-projek strategik di Ibrahim Technopolis.

 

Hari Penghargaan Pembeli DK-MY Properties pupuk hubungan positif, semangat kemasyarakatan

KUALA LUMPUR 5 Dis - Lebih 500 pengunjung terdiri daripada pembeli DK Impian menghadiri program Hari Penghargaan Pembeli bertemakan ‘Football Fever Fiesta’ anjuran DK-MY Properties Sdn Bhd sempena Piala Dunia FIFA 2022 di Shah Alam, baru-baru ini. 

 

S&P Global : Bank-bank di Malaysia melangkah ke 2023 dengan prospek berhati-hati

KUALA LUMPUR 5 Dis - Bank mungkin terus berhati-hati di tengah-tengah kadar faedah yang lebih tinggi dan kemelesetan ekonomi global walaupun risiko kualiti aset kekal terkawal, demikian menurut S&P Global Ratings.

 

Hanya 8 kali cabutan khas 4D setahun, bermula 2023 - Perdana Menteri

PUTRAJAYA  5 Dis - Syarikat perjudian hanya dibenarkan untuk mengadakan cabutan khas 4D sebanyak lapan kali setahun bermula 1 Januari 2023.

 

Hospitality 360, Wyndham perluas portfolio pengurusan hotel, pangsapuri servis

KUALA LUMPUR 5 Dis - Syarikat pengurusan dan perunding hotel Malaysia, Hospitality 360 Sdn Bhd (H360 mengumumkan pemeteraian perkongsian strategik dengan Wyndham Hotels and Resorts (Wyndham) untuk mengembangkan portfolio hotel, resort dan pangsapuri servis di seluruh Malaysia.

Pelanggan Versa boleh mula melabur dalam hartanah, emas bermula RM100

KUALA LUMPUR 5 Dis - Versa Asia, platform pengurusan tunai digital Malaysia, mengumumkan pengembangan penawaran pelaburan digitalnya melalui pelancaran Versa REITs dan Versa Gold.

 

Senai Airport City jual tanah kepada Fiffy bernilai RM23.3 juta

KUALA LUMPUR 5 Dis - Senai Airport City Sdn. Bhd. melupuskan sebidang tanah perindustrian di Senai Airport City (SAC) kepada Fiffy Sdn. Bhd. berkeluasan kira-kira 9.72 ekar untuk pertimbangan pembelian sebanyak RM23.3 juta.

 

Kempen Cuti-Cuti RFID PLUS tawar pakej percutian, kredit e-dompet bernilai RM39,000

KUALA LUMPUR 5 Dis - Kempen Cuti-Cuti RFID PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan pakej percutian dan kredit e-dompet Touch ‘n Go bernilai RM39,000 untuk dimenangi oleh pelanggan lebuh raya yang menggunakan Touch ‘n Go RFID sebagai mod pembayaran mereka.

 

Agmo Order bantu peniaga mengautomasikan jualan harian, operasi borong

KUALA LUMPUR 5 Dis - Agmo Holdings Berhad melancarkan Agmo Order iaitu aplikasi mudah alih e-dagang perniagaan-ke-perniagaan (B2B) berasaskan awan baharu yang membantu mengautomasikan jualan harian dan operasi borong. 

 

Penerbangan sulung MYAirline ke Kota Kinabalu catat faktor muatan lebih 80%

KUALA LUMPUR 5 Dis - Penerbangan sulung MYAirline hari ini secara rasmi mendarat di tiga destinasi, di Kuching, Kota Kinabalu dan Langkawi dari Kuala Lumpur.

 

Subscribe to Terkini