Untung bersih Hartalega bagi 1QFY23 merudum kepada RM88.28 juta daripada RM2.26 bilion
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Untung bersih Hartalega Holdings Bhd. bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2022 (1QFY23) merudum kepada RM88.28 juta daripada RM2.26 bilion yang direkodkan bagi tempoh sama tahun sebelumnya apabila pendapatannya pada suku berkenaan merosot dengan ketara.