Amiruddin Abdul Satar dilantik Pengarah Besar Felda | DagangNews Skip to main content

Amiruddin Abdul Satar dilantik Pengarah Besar Felda

Amiruddin Abdul Satar

Amiruddin Abdul Satar 

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Datuk Amiruddin Abdul Satar dilantik sebagai Pengarah Besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkuat kuasa 15 Oktober 2020.

Felda berkata, pelantikan Amiruddin itu menggantikan Datuk Dr. Othman Omar.

"Amiruddin mempunyai kelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Henley Business School University of Reading di United Kingdom (UK).

"Sebahagian besar karier korporat beliau adalah bersama KPJ Healthcare Bhd. dengan perkhidmatan terakhir sebagai Presiden dan Pengarah Urusan," jelas Felda dalam satu kenyataan hari ini.

Amiruddin turut memiliki 31 tahun pengalaman dalam bidang kewangan dan perniagaan.

Tambah Felda, pihaknyanya memberi keyakinan terhadap pelantikan tersebut sekali gus membangunkan lagi Felda.

"Felda yakin kehadiran Amiruddin sebagai Pengarah Besar yang baharu akan membawa  kesinambungan kepada usaha pemulihan dan transformasi Felda yang ketika ini berada pada landasan yang tepat," ujar Felda lagi. - DagangNews.com