Anda kena tahu proses perundangan menuntut harta pusaka di Malaysia `Memang Rumit' | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Anekdot Mawarith - 24 January 2024

ANDA KENA TAHU PROSES PERUNDANGAN MENUNTUT HARTA PUSAKA DI MALAYSIA `MEMANG RUMIT'

 

 

 

“Susahlah nak tuntut harta pusaka arwah saya. Saya keliru ke mana saya nak pergi dan di mana saya nak bermula. Ada orang kata pejabat agama, ada yang kata mahkamah syariah dan ada pula yang kata pejabat tanah. Mana satu ni?”

 

26 tahun bekerja di dalam bidang ini semenjak 1998, memang saya kerap diutarakan tentang keresahan ini.

 

Ramai dalam kalangan masyarakat mengatakan bahawa proses perundangan yang terlibat dalam menguruskan harta pusaka di Malaysia terutamanya bagi orang Islam sangat rumit dan mengelirukan.

 

Mereka mengaitkan faktor perundangan ini sebagai punca kenapa maslaah harta pusaka semakin parah di Malaysia sehingga nilai harta pusaka yang tertunggak itu mencecah RM90 bilion.

 

Saya pernah ulas perkara ini di dalam penulisan sebelum ini. Tetapi mungkin pembaca tidak jumpa kerana terpaksa skrol jauh untuk membacanya.

 

Untuk manfaat bersama, saya ulas kembali tetapi di dalam perspektif yang mungkin berbeza sedikit daripada penulisan terdahulu.


 

parafrasa

 


Persoalan utama yang perlu kita jawab ialah kenapa proses ini ketat, rumit dan terperinci ?

 

Sebagai ‘orang lama’ dan melihat di depan mata kepala saya sendiri lanskap industri ini berubah, saya boleh simpulkan bahawa proses itu ketat, rumit dan terperinci kerana DUA SEBAB utama.

 

SEBAB PERTAMA ialah kerana wujudnya bidang kuasa yang berbeza di Malaysia. Malaysia sebagai negara komanwel bekas jajahan British mewarisi legasi sistem perundangan sivil berteraskan Common Law.

 

Sistem perundangan ini telah wujud sejak sekian lama dan telah berakar umbi dengan kukuh.

 

Semua akta yang diwartakan di Malaysia diwujudkan melalui sistem legislatif (Parlimen) dan ia berkuatkuasa di seluruh Malaysia, kecuali jika disebut tentang pengecualian bagi wilayah atau keadaan tertentu.

 

Bagi urusan harta pusaka, akta utama yang diguna pakai ialah Akta Probet dan Pentadbiran 1959, Akta Pembahagian Pusaka Kecil 1955 dan Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 selain daripada akta-akta lain yang berkaitan aset yang dibicarakan sebagai harta pusaka seperti akaun bank, tanah, rumah, akaun pelaburan saham amanah dan sebagainya.

 

Berdasarkan klasifikasi harta pusaka dari segi nilai, kes harta pusaka rakyat Malaysia akan dibicarakan sama ada di  Mahkamah Tinggi Sivil, Pejabat Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad.


 

pejabat pusaka
Satu daripada pejabat Pembahagian Pusaka di bawah JKPTG.

 


Prosedur tuntutan di agensi-agensi ini berbeza kerana masing-masing tertakluk kepada akta mereka, peraturan, SOP dan bidang kuasanya.

 

Namun urusan di sini hanya mengaitkan pentadbiran harta pusaka sahaja iaitu pengeluaran Geran Probet, Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian sahaja.

 

Namun bagi rakyat Malaysia yang bermastautin di Semenanjung Malaysia, mereka juga perlu pergi ke Mahkamah Syariah sekiranya wujud keperluan untuk mengesahkan bahagian yang berhak ke atas waris.

 

Bagi urusan harta pusaka, Mahkamah Syariah berbidang kuasa untuk menentukan perkara seperti sijil faraid, wasiat, harta sepencarian, hibah, hak penjaga harta untuk anak, kesahihan status waris dan status harta pusaka.

 

Bagi urusan di Mahkamah Syariah juga peguam perlu dilantik bagi melancarkan proses kerana waris tidak akan faham apa prosedur dan dokumentasi yang perlu dilalui memandangkan Mahkamah Syariah juga mempunyai prosedur, peraturan dan SOP tersendiri.

 

Kedua-dua bidang kuasa eksklusif Sivil (undang-undang Persekutuan) dan Syariah (undang-undang Negeri) ini dimaktubkan di dalam Perlembagaan Malaysia terutamanya melalui perkara 121(1A).

 

Ini bermakna secara prinsipnya, bidang kuasa undang-undang Sivil tidak boleh menceroboh ke dalam bidang kuasa undang-undang Syariah dan sebaliknya.

 

Rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak lebih beruntung kerana semua urusan harta pusaka mereka dibuat di Mahkamah Syariah.  


 

anekdot mawarith

 


Sebenarnya ada banyak perbincangan telah dibuat oleh pihak-pihak berkepentingan semenjak bertahun-tahun lamanya bagi mencari formula untuk menyelaraskan lagi semua undang-undang berkaitan harta pusaka di Malaysia namun ia tidak mudah kerana ia melibatkan pindaan Perlembagaan.

 

Di dalam keadaan politik negara seperti hari ini, HAMPIR MUSTAHIL pindaan berkaitan akan dibuat kerana pihak eksekutif yang berkuasa akan hanya melihat kepada pindaan undang-undang yang mereka anggap penting sahaja.

 

Kewujudan dua sistem perundangan berbeza iaitu Sivil dan Syariah ini sahaja sudah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan waris.

 

Mereka tidak tahu ke mana harus dituju terlebih dahulu, apa yang perlu dibuat, borang apa yang perlu diisi dan mereka juga takut dengan kos yang terpaksa dikeluarkan jika mereka berhasrat menggunakan perkhidmatan profesional pihak ketiga seperti syarikat amanah atau peguam.

 

Akibat semua ketidakpastian ini mereka menangguhkan urusan harta pusaka itu. Mereka akan menunggu untuk ‘masa yang sesuai’ untuk mereka berfikir dahulu sebelum mereka mahu bertindak mengenai perkara ini.

 

Keadaan menjadi buruk apabila di dalam tempoh menunggu ‘masa yang sesuai’ itu, berlaku pula kematian kepada ahli waris yang berhak.

 

Kini jumlah waris yang terlibat semakin ramai kerana waris-waris kepada waris yang mati itu pula akan mewarisi bahagian simati tersebut.

 

parafrasa

 


Saya pernah berjumpa kes di mana waris yang berhak ke atas sekeping tanah seluas 2 ekar ialah seramai 200 orang!

 

Jika permuafakatan di kalangan waris adik-beradik seramai 6 orang pun sukar diperoleh, apakan pula 200 orang.  

 

Kerana semua komplikasi itulah di Malaysia kita ada nilai harta pusaka tertunggak yang sangat tinggi iaitu dianggarkan bernilai RM90 bilion.

 

Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai syarikat amanah patuh Syariah yang telah berpengalaman selama 20 tahun dalam urusan harta pusaka orang Islam di Malaysia memahami sepenuhnya cabaran perundangan yang dihadapi oleh waris.

 

Atas sebab itu Wasiyyah Shoppe Berhad memperkenalkan perkhidmatan pengurusan harta pusaka PERCUMA yang dikenali sebagai Al-Wasitah.

 

Ibu bapa yang melanggan perkhidmatan ini hanya membayar RM50 sahaja sebulan untuk menjadi peserta tabung khairat pusaka amanah Al-Wasitah.

 

Apabila mereka meninggal dunia, Wasiyyah Shoppe Berhad akan membantu waris-waris mereka melalui semua proses perundangan menuntut harta pusaka dengan cepat, mudah dan secara PERCUMA.      


 

wasiyyah

 


Kami akan memberikan khidmat nasihat kepada waris supaya mereka tidak terkapai-kapai kebingungan, merujukkan kes kepada ejensi yang tepat, menyediakan perkhidmatan guaman, membuat carian hartanah dan harta-harta yang lain, mengisi semua borang yang berkenaan, hadir bersama waris ketika perbicaraan dan membantu sehingga harta pusaka itu didaftarkan di atas nama waris.

 

Dalam keadaan biasa, kebanyakan pihak profesional di Malaysia akan mengenakan fi di antara 1-5 % dari nilai harta pusaka tidak termasuk fi-fi rampaian bagi perkhidmatan ini.

 

Namun Wasiyyah Shoppe Berhad tidak mengenakan sebarang fi. Waris tidak perlu membayar apa-apa kepada kami dan harta pusaka juga tidak akan dipotong walaupun satu sen bagi perkhidmatan ini.  

 

Perkhidmatann ini kami berikan secara PERCUMA kepada waris-waris pelanggan yang ibu bapa mereka telah melanggan perkhidmatan Al-Wasitah.

 

Ini boleh dilakukan kerana segala kos untuk urusan-urusan ini ditanggung melalui tabung khairat amanah Al-Wasitah di mana semua peserta telah berakad bahawa mereka akan tolong-menolong (ta’awun) bagi membantu satu sama lain dalam urusan pembayaran fi perkhidmatan urusan pusaka mereka yang dibuat oleh Wasiyyah Shoppe Berhad.  

 

Bukankah dengan cara ini ia lebih memudahkan untuk waris? Jika anda tidak mahu waris-waris anda terkial-kial kebingungan menguruskan harta pusaka yang anda tinggalkan, maka dapatkanlah perkhidmatan Al-Wasitah.  

 

SEBAB KEDUA kenapa proses perundangan berkaitan harta pusaka ini rumit ialah kerana ia mestilah memastikan hak semua waris yang berkenaan dilindungi. Insya-Allah saya akan ulas sebab kedua ini di dalam penulisan seterusnya.

 

 

 

 

ariffin sabirin
ARIFFIN SABIRIN adalah Pengasas dan CEO Kumpulan Wasiyyah Shoppe Bhd

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL ANEKDOT MAWARITH

 

dagangnews

 

Portfolio Tags