Perancangan Harta ialah 30% Dokumen: 70% Pelaksanaan | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Anekdot Mawarith - 27 March 2024

PERANCANGAN HARTA IALAH 30% DOKUMEN: 70% PELAKSANAAN

 

 

 

SEJAK Wasiyyah Shoppe Berhad meneroka industri perancangan harta secara Syariah di Malaysia pada tahun 2004, industri ini telah berkembang dengan sangat pesat.

 

Ada banyak syarikat amanah atau syarikat sdn bhd yang muncul selepas melihat sambutan baik masyarakat kepada industri perancangan harta ini.

 

Saya menyambut baik perkembangan ini kerana saya percaya lebih banyak pemain pasaran akan membantu mengembangkan industri ini dengan lebih pesat. Kesedaran masyarakat juga akan menjadi bertambah baik.

 

Namun masyarakat perlu faham bahawa membuat dokumen semata-mata tidak akan memastikan hasrat mereka merancang harta itu akan tercapai.

 

Di dalam pengalaman 26 tahun saya terlibat di dalam industri ini semenjak 1998, menyediakan dokumen hanyalah 30% daripada keseluruhan proses perancangan harta itu.

 

Komposisi yang lebih besar iaitu 70% ialah melibatkan aspek pelaksanaan dokumen yang telah dibuat.

 

 

anekdot mawarith

 

 

Membuat dokumen wasiat atau hibah itu penting, tetapi lebih penting lagi ialah untuk masyarakat memastikan dokumen itu akan melalui proses pelaksanaan perundangan yang tuntas dan tepat.

 

Di dalam artikel minggu ini, saya akan menyentuh perkara tersebut.

 

Hari ini banyak pihak boleh menyediakan format-format dokumen wasiat atau hibah. Kepakaran menyediakan format ini tertakluk kepada pengetahuan dan pengalaman masing-masing.

 

Jika di Wasiyyah Shoppe Berhad, disiplin yang kami pegang ialah semua format dan produk yang akan kami perkenalkan kepada masyarakat mestilah melalui disiplin ilmu yang ketat seperti yang saya akan huraikan di penghujung artikel ini.

 

Antara faktor utama yang masyarakat perlu buat pertimbangan ialah faktor dengan siapa mereka membuat dokumen itu.

 

Sekiranya mereka membuat dokumen itu dengan individu, walaupun individu itu mungkin berpengetahuan di dalam perkara tersebut, terdapat risiko individu itu akan mati lebih awal daripada pelanggannya.

 

Siapakah yang tahu bagaimana dokumen itu akan dilaksanakan bila pelanggan mati selepas individu pembuat dokumen itu mati?

 

Jika pihak lain yang membantu  proses perundangan pelaksanaan dokumen itu ada risiko pihak yang baru ini tidak faham kenapa format dokumen itu sedemikian rupa. Keadaan ini akan mewujudkan risiko besar dokumen itu mungkin tidak dapat dilaksanakan dan hasrat pelanggan itu tidak akan tercapai.   

 

 

anekdot mawarith

 

 

Di Malaysia hari ini ada juga syarikat sdn bhd yang menjalankan aktiviti menyediakan dokumen perancangan harta untuk masyarakat.

 

Namun jika masyarakat memilih untuk membuat dokumen perancangannya dengan syarikat sdn bhd ini, juga terdapat risiko syarikat sdn bhd ini boleh menutup operasinya sebelum pelanggannya mati.

 

Mengikut Akta Syarikat 2016, syarikat sdn bhd boleh menutup operasinya dengan mudah. Lembaga pengarah hanya perlu membuat resolusi penutupan operasi syarikat dan melantik seorang ‘liquidator’ bagi menyelesaikan semua liabiliti syarikat.

 

Selepas selesai semua urusan ini, bolehlah syarikat itu menutup operasinya. Apa jadi kepada dokumen pelanggan yang dibuatnya ?

 

Di manakah waris akan mendapatkan bantuan bagi melalui proses pelaksanaan perundangan dokumen yang telah dibuat simati? Sama seperti situasi di atas, risiko dokumen itu tidak dapat dikuatkuasakan wujud.  

 

Apa guna buat dokumen sekiranya ia tidak boleh dikuatkuasakan? Apa gunanya membuat dokumen itu dengan syarikat sdn bhd sekiranya syarikat itu telah tutup?

 

Pilihan terbaik kepada masyarakat sebenarnya ialah memilih syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai penyedia dan pelaksana dokumen.

 

Ini kerana mengikut Seksyen 33 Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100), Wasiyyah Shoppe Berhad tidak boleh menutup operasinya kecuali jika ia telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Sivil untuk menutup operasinya dan permohonan itu diluluskan oleh Mahkamah.

 

Mahkamah sebelum memberikan kebenaran menutup operasi itu akan memastikan bahawa semua urusan Wasiyyah Shoppe Berhad dengan 80,000 pelanggannya telah diselesaikan.

 

 

anekdot mawarith
Mesyuarat Panel Syariah ke-31 yang meneliti aspek kepatuhan Syariah perkhidmatan Wasiyyah Shoppe Berhad

 

 

Adalah mustahil kami boleh menyelesaikan semua urusan di dalam sesuatu waktu untuk semua pelanggan ini. Kesimpulannya, memang Wasiyyah Shoppe Berhad tidak boleh menutup operasinya.

 

Ini bermakna jaminan proses pelaksanaan perundangan untuk 80,000 pelanggan ini memang akan kami laksanakan kerana perundangan yang tertakluk kepada syarikat amanah mewajibkan kami bertindak sedemikian.

 

Saya memang akan mati namun operasi Wasiyyah Shoppe Berhad tetap akan  berjalan seperti biasa. Di sinilah elemen tadbir urus korporat terbaik pula memainkan peranannya.

 

Saya bukanlah satu-satunya individu yang mengetahui tentang format dokumen kami. Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai 120 orang kakitangan dan 7 orang Panel Syariah yang mengetahui secara tepat bagaimana untuk melaksanakan proses perundangan semua dokumen yang kami buat.

 

Bagi memastikan apa yang kami buat patuh Syariah sepenuhnya, kami memberikan geran penyelidikan kepada universiti untuk membuat penyelidikan subjek berkenaan.

 

Kami juga menganjurkan muzakarah ilmiah untuk membentangkan dapatan penyelidikan kami kepada pakar-pakar perundangan Syariah dan Sivil.

 

Input yang diberikan oleh pakar-pakar ini kemudiannya akan dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal Syariah kami yang akan memurnikan lagi idea pembangunan produk ini.

 

Akhirnya Panel Syariah kami yang dianggotai 7 orang pakar berpengalaman akan membuat keputusan secara kolektif untuk sama ada memberi kelulusan atau sebaliknya kepada pengenalan produk itu.

 

 

anekdot mawarith
Kunjungan hormat ke atas Dato Sheikh Abdul Rahman Abdullah, Ketua Hakim Syarie Kedah

 

 

Proses ilmiah yang kami lalui ini memang memakan masa yang panjang, tenaga yang banyak dan perbelanjaan jutaan ringgit, namun sebagai syarikat amanah patuh Syariah sepenuhnya, kami memegang tanggungjawab untuk memastikan apa sahaja yang kami perkenalkan adalah patuh Syariah sepenuhnya dan boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang semasa.

 

Atas sebab itulah Wasiyyah Shoppe Berhad menjadi pilihan masyarakat dalam merancang harta hari ini. Semua format dokumen kami melalui disiplin ilmiah ketat dan paling penting keseluruhan organisasi tahu bagaimana untuk melaksanakan proses perundangan dokumen-dokumen berkenaan.

 

Di samping unsur ‘perpetuity’ (kelangsungan) organisasi dan disiplin ilmu ketat yang menjadi, kekuatan Wasiyyah Shoppe Berhad juga terletak kepada sesi ‘engagement’ yang kami lakukan secara berterusan dengan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

 

 

hikayat
Kunjungan hormat ke atas Dato Mohd Amran Mat Zain, Ketua Hakim Syarie Malaysia.

 

 

Perundangan Syariah di Malaysia tertakluk kepada enakmen-enakmen negeri yang unik di antara satu negeri ke negeri yang lain. Oleh itu memahami kehendak perundangan setiap negeri itu adalah amat kritikal kepada kami.

 

Sesi-sesi ini menjamin bahawa kami sentiasa memahami aspek pelaksanaan perundangan semua dokumen yang kami sediakan untuk masyarakat.

 

Wahai pembaca sekalian, sekiranya anda berhasrat untuk membuat dokumen perancangan harta anda, pastikan anda membuat pilihan yang tepat.

 

Anda kena faham bahawa membuat dokumen semata-mata tidak menjamin hasrat anda akan terlaksana kerana ia hanyalah 30% daripada keseluruhan proses manakala 70% daripada proses itu ialah pelaksanaan perundangannya.

 

Pilihlah Wasiyyah Shoppe Berhad sekiranya anda benar-benar serius mahukan hasrat anda tercapai.  

 

 

ariffin sabirin
Tn Hj Ariffin Sabirin adalah Pengasas dan CEO Wasiyyah Shoppe Bhd

 

 

dagangnews

  

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL ANEKDOT MAWARITH

 

  

  

Portfolio Tags