Ramai tidak tahu urusan harta pusaka akan menjadi semakin sukar dan mahal | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Anekdot Mawarith - 21 Aug 2024 07:00 AM

RAMAI TIDAK TAHU URUSAN HARTA PUSAKA AKAN MENJADI SEMAKIN SUKAR DAN MAHAL

 

 

BEBERAPA minggu ini saya aktif berjumpa dengan rakan-rakan daripada institusi yang terkait dengan kewangan Islam.

 

Memang pun saya telah mengenali mereka berpuluh tahun lamanya namun sekadar kenal nama, kedudukan dan organisasi yang mereka wakili. Ada di antara mereka telah berpindah-randah dari satu organisasi ke organisasi yang lain namun masih dalam lingkungan industri yang sama.

 

Yang tidak pernah berpindah randah semenjak 20 tahun yang lepas ialah saya sahaja kerana Wasiyyah Shoppe Berhad memang organisasi yang saya sendiri tubuh dan uruskan. Ke mana lagi saya nak pergi, kan?

 

Apa yang menariknya saya perhatikan institusi kewangan Islam kini sudah mula melihat isu harta pusaka ini sebagai satu isu yang penting. Mereka sudah mula dapat menerima hakikat bahawa kewangan Islam itu melangkaui pelaburan, simpanan, pinjaman, sukuk dan transaksi kewangan tradisional yang lain.

 

Mereka sudah mula menerima bahawa perkhidmatan perancangan harta secara Syariah itu boleh ditawarkan sebagai perkhidmatan nilai tambah kepada pelanggan mereka. Semenjak 2004, Wasiyyah Shoppe Berhad telah secara istiqomah mendidik masyarakat dan industri betapa pentingnya mereka memandang serius isu harta pusaka ini.

 

 

wasiyyah

 

 

Sudah terlalu banyak kerugian yang telah dialami umat Islam selama ini. Harta pusaka yang lambat/tidak diuruskan tidak boleh diturun milik kepada waris-waris yang berhak.

 

Harta pusaka ini di dalam bentuk wang tunai, hartanah, saham syarikat dan pelbagai bentuk yang lain. Semuanya masih di atas nama simati oleh itu ia tidak boleh digunakan oleh mana-mana pihak sekalipun bagi tujuan apapun.

 

Alhamdulillah masyarakat mula membuka mata tentang isu ini. Bersama-sama dengan pelbagai pihak lain, perjuangan saya semenjak 1998 di dalam industri ini mulai menampakkan hasilnya apabila institusi kewangan juga mula terbuka fikiran.

 

Namun persoalan yang sentiasa ditanyakan kepada saya ialah daripada pengalaman saya semenjak 1998, adakah urusan harta pusaka orang Islam di Malaysia ini akan menjadi semakin mudah atau semakin sukar pada masa akan datang.

 

Saya akan jawab soalan ini dari dua perspektif. Yang pertama ialah daripada perspektif perancangan harta.

 

Jika pada tahun 2004 dahulu hanya ada Wasiyyah Shoppe Berhad sahaja yang menawarkan perkhidmatan perancangan harta patuh Syariah (mengikut pelaksanaan undang-undang Syariah dan disahkan di Mahkamah Syariah) , hari ini sudah ada banyak organisasi lain yang juga menawarkan perkhidmatan yang sama di seluruh Malaysia.

 

Jumlah peguam Syarie juga semakin ramai dan mereka juga dapat membantu masyarakat membuat perancangan harta melalui dokumen wasiat, hibah, harta sepencarian dan sebagainya.

 

Jadi masyarakat tiada masalah untuk membuat pilihan dengan siapa mereka membuat dokumen-dokumen ini.

 

 

wasiyyah

 

 

Dari sudut pelaksanaan pula, Wasiyyah Shoppe Berhad contohnya menyediakan dokumen hibah secara digital melalui aplikasi UsraHDDnya iaitu aplikasi mudah alih pelaksanaan hibah secara digital yang pertama di dunia.

 

Akad hibah boleh dilaksana melalui telefon bimbit sahaja dan ia boleh dilaksanakan dari mana-mana lokasi seluruh dunia.    

 

Organisasi lain juga ada menyediakan pelbagai platform digital bagi tujuan pelaksanaan dokumen-dokumen perancangan harta. Jadi masyarakat sebenarnya tidak berhadapan sebarang kesukaran langsung untuk membuat dokumen.

 

Semuanya kini amat memudahkan berbanding keadaan dulu. Ini jawapan saya untuk pertanyaan adakah ia semakin sukar.  

 

Jawapan saya dari perspektif kedua pula ialah dari sudut prosedur tuntutan dan kosnya. Undang-undang berkaitan harta pusaka semakin lama semakin ketat dan sukar.

 

Ada banyak undang-undang telah dipinda atau undang-undang baru diperkenalkan. Kaedah Mahkamah mentafsir sesuatu kes juga berubah mengikut undang-undang dan keadaan semasa serta pendedahan pengetahuan para hakim.

 

 

wasiyyah

 

 

Masyarakat kadang-kadang tidak faham kenapa mesti diketatkan proses undang-undang ini. Masyarakat merasakan keadaan ini hanya menyukarkan dan merumitkan urusan tuntutan.   

 

Jawapan saya kepada persoalan ini ialah urusan itu menjadi ketat kerana  kerana pihak berkuasa mahu memastikan bahawa harta/harta pusaka itu hanya diterima oleh pihak yang sewajarnya sahaja.

 

Selaras dengan proses yang ketat ini, kos untuk pelaksanaannya juga pastilah akan menjadi semakin mahal. Semua faktor ini akan menyebabkan urusan pusaka menjadi semakin mencabar pada masa hadapan.

 

Apa pilihan yang ada di tangan masyarakat untuk menangani cabaran ini? Tiada pilihan selain daripada merancang harta dengan baik semasa hidup hari ini.

 

Buatlah dokumen perancangan harta yang patuh Syariah dan boleh berkuatkuasa mengikut undang-undang semasa. Dokumen-dokumen ini akan membantu agihan harta dibuat lebih tepat.

 

Pilihlah juga syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad yang berpengalaman untuk membantu waris anda melalui semua proses tuntutan harta pusaka ini dengan percuma, lancar dan mudah.

 

 

wasiyyah

 

 

Kelebihan syarikat amanah pastinya unsur ‘kelangsungan’ kami seperti yang termaktub di dalam Akta Syarikat Amanah 1949. (Boleh rujuk artikel saya di minggu-minggu lepas untuk penjelasan perkara ini).

 

Dengan urusan harta pusaka yang semakin mencabar dan mahalnya pada masa hadapan, jika tiada apa yang anda lakukan hari ini, waris-waris anda pasti akan lebib terkapai-kapai untuk melalui proses ini pada masa hadapan.    

 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL ANEKDOT MAWARITH

 

 

 

Ariffin Sabirin
Tn Hj Ariffin Sabirin adalah Pengasas, Presiden Kumpulan dan CEO Wasiyyah Shoppe Bhd

 

 

dagangnews