KUALA LUMPUR 10 Dis - Sempena 12.12 Jualan Hari Jadi, Shopee meraikan kejayaan perniagaan tempatan yang telah beralih ke atas talian dan mendigitasi bahagian kewangan mereka dengan dompet mudah alih ShopeePay.
Sempena perayaan membeli-belah ini, lebih ramai peniaga menawarkan tawaran dan promosi terbaik kepada pengguna ShopeePay, melalui pengalaman pembayaran yang bersepadu.
Ketua ShopeePay Malaysia, Alain Yee berkata, pihaknya teruja menjadi sebahagian daripada transformasi digital pelbagai perniagaan di Malaysia tahun ini, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Katanya, melalui sokongan pemasaran yang kukuh, infrastruktur yang teguh dan jangkauan meluas melangkaui bandar-bandar besar, ia membolehkan lebih ramai peniaga mengembangkan perniagaan mereka bersama ShopeePay dan membekalkan pelanggan mereka dengan pengalaman pembayaran yang lancar.
"Memandang ke hadapan, kami akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi akses kepada pembayaran digital, serta menambahbaik kehidupan individu dan perniagaan menerusi teknologi.
"Kami teruja untuk meraikan Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi bersama rakan peniaga serta pembeli, dan kami berharap tahun 2022 menjadi satu lagi tahun yang bermakna," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR. DIY, Andy Chin berkata, kerjasama bersama ShopeePay ini adalah satu kemenangan untuk semua pihak yang terlibat.
"Pelanggan kami mendapat kemudahan untuk membayar pembelian mereka di kedai MR. DIY melalui ShopeePay, dengan penambahan baucar ShopeePay yang menawarkan pulangan tunai dan diskaun.
"Untuk menambah lagi ganjaran, kami kini bekerjasama dengan ShopeePay untuk menawarkan Kit Ujian Kendiri COVID-19 pada harga diskaun RM3.80 semasa jualan 12.12 kami," tambahnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo pula berkata, penggunaan ShopeePay sebagai salah satu kaedah pembayaran digital Tealive membolehkan mereka meningkatkan penglibatan dalam ekonomi digital.
"Selain itu, pengguna juga dapat menemui kedai Tealive berhampiran mereka dengan pantas melalui Baucar ShopeePay menerusi ciri ‘Deals Near Me’ di aplikasi Shopee.
"Hasilnya, kami telah menjual 40,000 cawan milk tea dalam satu hari melalui Baucar ShopeePay dalam salah satu kempen bulanan," katanya.
Sempena meraikan 12.12 Jualan Hari Jadi, ShopeePay juga akan membawakan tawaran eksklusif daripada beberapa jenama kegemaran rakyat Malaysia melalui ‘Deals Near Me’ di aplikasi Shopee. - DagangNews.com