1exchange raikan penyenaraian JOCOM, Platform Beli Belah Barangan Runcit Online Malaysia | DagangNews Skip to main content

1exchange raikan penyenaraian JOCOM, Platform Beli Belah Barangan Runcit Online Malaysia

 

SINGAPURA, 20 Mac /PRNewswire/ -- 1exchange (1X), bursa sekuriti persendirian dikawal selia yang pertama di Singapura dan anggota ekosistem pasaran persendirian bersepadu yang terkemuka CapBridge Financial,  mengumumkan penyenaraian langsung Jocom International Holdings SDN. BHD. (JOCOM), pengendali platform M-dagang berpangkalan di Malaysia, JOCOM.

 

Aplikasi mudah alih JOCOM menghubungkan lebih 500 vendor yang menyediakan lebih 15,000 produk dengan kira-kira 3 juta pelanggan di seluruh Malaysia.

 

Kira-kira 26.7% daripada jumlah saham diterbitkan JOCOM disenaraikan pada 1X dengan nilai agregat S$5.6 juta. Proses penyenaraian 1X dijalankan sepenuhnya secara dalam talian dan dilancarkan oleh platform CapBridge.

 

Ketua Pegawai Eksekutif JOCOM, Joshua Sew berkata, tahun lalu, permintaan terhadap penyelesaian M-dagang bersepadu syarikatnya itu telah meningkat dengan pesat daripada pengguna serta peniaga mahupun vendor.

 

jocom
             Joshua Sew

 

JOCOM membolehkan perniagaan tradisional untuk memanfaatkan kuasa teknologi digital untuk berhubung dengan pelanggan sedia ada dan baharu, menghubungkan ramai petani luar bandar dan pedagang dengan pengguna mewah yang mencari produk berkualiti dengan cara yang mudah.

 

"Menerusi penyenaraian pada 1Exchange Singapura ini, kami berharap dapat melangkah lebih jauh untuk menawarkan perkhidmatan kepada pemegang saham, pelanggan dan rakan kongsi kami dengan penyelesaian perdagangan mudah alih yang malah lebih inovatif," katanya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif 1X, Choo Haiping berkata, bagi kebanyakan pelanggan, aplikasi mudah alih pakar JOCOM telah menjadi kedai sehenti yang anjal, mudah dan cekap untuk keperluan barangan runcit dan gaya hidup mereka.

 

"JOCOM turut menyumbang dengan banyaknya terhadap transformasi digital banyak perniagaan tradisional di Malaysia melalui penyelesaian perdagangan mudah alihnya yang boleh diakses. JOCOM boleh bergantung pada platform 1X tatkala ia meneruskan perjalanan pertumbuhannya," ujarnya.

 

Berpangkalan di hab kewangan global Singapura, 1X ialah bursa sekuriti persendirian dikawal selia yang pertama dengan lesen Pengendali Pasaran Diiktiraf yang diberikan oleh Lembaga Monetari Singapura (MAS). 1X merupakan sebahagian daripada CapBridge Financial, disokong oleh Singapore Exchange (SGX), SGInnovate, Hanwha Investment and Securities Co Korea Selatan, Cyberport Macro Fund Hong Kong dan AMTD Digital.

 

Naib Presiden Kanan dan Ketua Global Pasaran Modal Ekuiti, SGX, Mohamed Nasser Ismail menyaksikan penyenaraian tersebut, berkata, sebagai rakan kongsi strategik dan pemegang saham 1X, SGX gembira menyaksikan minat yang berterusan oleh banyak syarikat pertumbuhan yang mencari peluang penyenaraian pada bursa persendirian.

 

"Saya yakin dengan penyenaraian JOCOM, yang menambah kerancakan untuk pasaran modal yang lebih luas dan menyediakan pemegang saham dan pelabur lain yang berminat dengan pasaran untuk ekuiti persendirian boleh didagangkan. Kami tidak sabar-sabar untuk menyokong JOCOM dan syarikat-syarikat berkenaan yang lain untuk bersiap sedia bagi penyenaraian awam yang akhirnya berlaku apabila mereka bersedia," katanya.

 

jocom
Penyenaraian langsung pada 1X ditunjukkan dengan upacara memukul gong maya pada pagi Jumaat, dihadiri oleh wakil-wakil daripada JOCOM, ejen penempatan CapBridge Pte Ltd, pentadbir amanah Equiom Singapore serta rakan kongsi strategik dan pemegang saham SGX.

 

Melalui 1X, syarikat dan dana persendirian mempunyai kefleksibelan untuk menyenaraikan sebahagian daripada saham mereka dalam bentuk ekuiti persendirian yang boleh didagangkan. Penyenaraian langsung pada 1X membolehkan syarikat-syarikat hanya menukar saham sedia ada mereka kepada saham boleh didagangkan dengan cara yang berkesan kos dan cekap.

 

Kelas aset dikawal selia yang didagangkan pada 1X ini menyediakan pelabur dengan pempelbagaian portfolio tambahan dengan potensi pulangan lebih-tinggi-daripada-pasaran sekali gus memberi pilihan kepada pemegang saham untuk berundur keluar. - DagangNews.com