27.8 juta rakyat Malaysia divaksin, hanya 2 negeri belum lepasi 50% vaksinasi dewasa | DagangNews Skip to main content

27.8 juta rakyat Malaysia divaksin, hanya 2 negeri belum lepasi 50% vaksinasi dewasa

Vaksin COVID-19

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Jumlah kumulatif individu yang divaksin di Malaysia meningkat kepada 27.8 juta setakat semalam.

 

Jumlah keseluruhan itu meliputi 17.0 juta penerima dos pertama dan 10.7 juta penerima vaksin dos kedua.

 

,

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, peningkatan tersebut secara tidak langsung melonjakkan peratusan populasi yang divaksin di negara ini.

 

Hingga semalam, populasi Malaysia yang sudah divaksin meningkat kepada 52.3%, sebanyak 32.9% daripadanya telah melengkapkan dua dos suntikan.

 

Sementara itu, bagi peratusan vaksinasi golongan dewasa, peratusan turut melonjak kepada 72.9%.

 

'

 

Sebanyak 45.9% daripadanya telah melengkapkan dua dos suntikan.

 

Vaksinasi dewasa mengikut pecahan negeri secara keseluruhannya menunjukkan peningkatan, hanya dua negeri yang masih tidak melepasi kadar 50% iaitu Sabah (46.2%) dan Kelantan (49.8%).

 

Lain-lain negeri merekodkan vaksinasi golongan dewasa yang tinggi khususnya Lembah Klang sebanyak 105.2%.

 

;

 

JKJAV dalam makluman lain memberitahu, jumlah pemberian vaksin harian adalah sebanyak 415,875 yang direkodkan semalam.

 

Sebanyak 143,671 adalah pemberian vaksin dos pertama dan 272,204 melibatkan pemberian dos kedua. - DagangNews.com