3 strategi dorong keuntungan jangka panjang Power Root | DagangNews Skip to main content

3 strategi dorong keuntungan jangka panjang Power Root

Power Root

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 4 Sept. - CGS-CIMB Research menggariskan tiga strategi syarikat Power Root Bhd. (Power Root) bagi menjana keuntungan yang lebih tinggi untuk jangka masa panjang.

Jelas CGS-CIMB Research, strategi tersebut dilihat mempunyai peluang yang cerah meskipun syarikat berkenaan mencatatkan penjualan jangka pendek yang lemah.

"Strategi pertama Power Root adalah dengan pelancaran produk baharu mereka melalui pelbagai pilihan minuman dan harga. 

"Strategi itu adalah untuk memenuhi permintaan pelanggannya yang lebih meluas," jelas CGS-CIMB Research.

Power Root juga menjalankan strategi dan usaha untuk menembusi pasaran baharu.

Sasaran pasaran baharu itu turut meliputi pasaran di kawasan Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) seperti Mesir.

Tambah CGS-CIMB Research, peningkatan kecekapan operasi juga turut menjadi strategi Power Root untuk menjana keuntungan.

"Power Root akan meningkatkan marginnya melalui peningkatkan kecekapan operasi di setiap peringkat pengoperasian bermula daripada pembuatan hingga peringkat pemasaran.

"Strategi itu adalah bagi mengoptimumkan tenaga kerja di samping mengurangkan pembaziran," ujar CGS-CIMB Research lagi.

Pada suku pertama tahun kewangan Mac 2021, Power Root mencatatkan penurunan jualan domestik sebanyak 32.2%.

Bagaimanapun, prestasi jualan eksportnya pada suku pertama tahun kewangan 2021 meningkat 12.2% berbanding tahun sebelumnya. - DagangNews.com