KUALA LUMPUR 3 Dis. - Sebanyak RM208,200 disalurkan kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP) untuk diedarkan kepada 357 pemandu bas di negeri itu.
Bantuan itu dilakukan menerusi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang disalurkan pada 30 November lalu.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah berkata, sebanyak 347 permohanan diterima oleh LPKP Sabah untuk bantuan berkenaan yang dibuka pada 5 Ogos lalu.
Katanya, semua permohonan itu diluluskan serta peruntukan telah diedarkan.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini, menjawab soalan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) yang bertanya mengenai bantuan khas bernilai RM600 kepada pemandu bas di negeri itu.
Tambah Hasbi, berdasarkan senarai 69 pemandu yang dihantar, sebanyak 21 daripada mereka layak untuk menerima peruntukan tersebut.
Sebanyak 28 pemandu lagi tidak tersenarai memandangkan LPKP tidak mempunyai rekod mereka.
.
Berhubung kelewatan bayaran bantuan itu, Hasbi menjelaskan ia disebabkan oleh beberapa faktor seperti maklumat tidak lengkap dan tidak tepat selain permohonan yang tidak lengkap.
Sehubungan itu, beliau meminta supaya LPKP Sabah untuk menghubungi pemohon bagi melengkapkan maklumat yang diperlukan.
Ini bertujuan mengelakkan pertindihan permohonan selain menghindari daripada pemohon yang tidak berlesen menerima bantuan itu, katanya lagi. - DagangNews.com