KUALA LUMPUR 4 Mac - Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful Ikhlas) kekal komited membantu meringankan beban kewangan para pelanggannya yang terkesan akibat banjir apabila sebanyak 3,669 kes tuntutan berjaya diselesaikan sejak 20 Februari lepas.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata, jumlah tanggungan tuntutan tersebut adalah sebanyak RM30 juta.
Beliau berkata, syarikat juga menawarkan manfaat penundaan kenderaan akibat banjir secara percuma kepada pelanggan yang melanggan pelan perlindungan motor IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful dan IKHLAS Private Car Comprehensive Plus Takafu, sejak Januari lepas.
Jelasnya, perkhidmatan tundaan percuma itu merupakan manfaat tambahan kepada 24-Hour Bantuan IKHLAS Road Assist iaitu perkhidmatan sisi jalan yang diberikan secara automatik kepada pemegang sijil takaful tersebut.
"“Kami di Takaful Ikhlas sentiasa peka dengan keperluan pelanggan terutamanya pada waktu kritikal seperti musim banjir. Kita dapat saksikan bahawa ramai rakyat Malaysia yang terkesan akibat impak musibah banjir yang melanda negara pada hujung tahun lepas.
"Ini sejajar dengan aspirasi syarikat yang berazam meringankan beban peserta yang ditimpa musibah dan membantu mereka bangkit semula secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Rudy, bencana banjir yang melanda membawa kerosakan dan kerugian kepada mereka yang terbabit.
"Bersandarkan prinsip “Kami Melindungi Semua” dan “IKHLAS Cares”, kami tidak mengenakan sebarang sumbangan tambahan kepada peserta Takaful Motor yang mendapatkan servis tundaan kenderaan. Kami berharap ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, Takaful Ikhlas juga telah memperkenalkan platform maya Virtual Interactive Process (VIP) yang dapat membantu mempercepatkan proses tuntutan 300,000 pesertanya, baru-baru ini.
Beliau berkata, tuntutan berkaitan kerosakan dan kemusnahan harta benda serta kenderaan tidak melebihi RM10,000 boleh diproses melalui platform maya itu dan para pelanggan boleh menerima bayaran tuntutan dalam masa tiga hari.
Katanya, produk dan perkhidmatan yang tuntutannya dikendalikan melalui platform VIP ialah IKHLAS Houseowner/ Householder Takaful, IKHLAS Home Protect Takaful, IKHLAS Fire Protect Takaful, IKHLAS Fire Material Damage, IKHLAS Commercial Vehicle Takaful, IKHLAS Motorcycle Takaful, IKHLAS Private Car Takaful dan IKHLAS Private Car Comprehensive Plus Takaful, kesemuanya dengan perlindungan tambahan banjir.
24-Hour Bantuan IKHLAS Road Assist menyediakan servis 24-jam tunda kemalangan, kerosakan dan bantuan sisi jalan serta khidmat penyampaian maklumat kecemasan, perkhidmatan tukang kunci dan bantuan menghubungi kenderaan ganti seperti teksi atau kereta sewa dengan kadar istimewa.
Untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan 24-Hour Bantuan IKHLAS Road Assist,pelanggan boleh melayari laman web www.takaful-ikhlas.com.my.
Pelanggan juga boleh menghubungi mana-mana ejen takaful am Takaful Ikhlas atau berkunjung ke cawangan Takaful Ikhlas yang berdekatan. - DagangNews.com