3Q20: Kedudukan pelaburan antarabangsa bersih RM82.5 bilion | DagangNews Skip to main content

3Q20: Kedudukan pelaburan antarabangsa bersih RM82.5 bilion

Kedudukan pelaburan antarabangsa (IPP) Malaysia

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Kedudukan pelaburan antarabangsa (IPP) Malaysia merekodkan kedudukan aset bersih yang lebih tinggi berjumlah RM82.5 bilion bagi suku ketiga 2020 (3Q20) berbanding RM57.3 bilion pada suku sama tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, jumlah aset kewangan mencatatkan nilai RM1,890.1 bilion manakala jumlah liabiliti RM1,807.6 bilion untuk suku berkenaan.

"Kedudukan Pelaburan Langsung di Luar Negeri (DIA) merekodkan RM510.8 bilion (2Q20: RM521.9 bilion), terutamanya disumbangkan oleh aktiviti kewangan & insurans/takaful (43.2%), diikuti sektor perlombongan & pengkuarian (14.6%) dan pertanian (8.6%). 

"Dari segi rantau, Asia memegang kedudukan DIA terbesar dengan sumbangan sebanyak 51.6%, manakala Singapore (20.5%), Indonesia (9.3%) dan Cayman Islands (7.1%) kekal sebagai destinasi utama DIA," katanya menerusi laporan kedudukan pelaburan antarabangsa Malaysia bagi suku ketiga 2020 yang dikeluarkan DOSM hari ini.

 

Kedudukan pelaburan antarabangsa (IPP) Malaysia
Kedudukan pelaburan antarabangsa (IPP) Malaysia bgai suku ketiga 2020.

 

Sementara itu, kedudukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia mencatatkan RM689.1 bilion berbanding RM696.5 bilion pada suku kedua 2020.

Jumlah itu disumbangkan oleh sektor pembuatan yang menjadi penyumbang tertinggi sebanyak RM266.0 bilion atau 38.6%.

Ia diikuti oleh aktiviti kewangan & insurans/takaful (24.2%) dan sektor perlombongan & pengkuarian (6.1%).

Asia kekal sebagai rantau utama dengan nilai RM372.3 bilion (54.0%) dan negara FDI utama adalah dari Singapore (21.7%), Hong Kong (12.5%) dan Jepun (10.8%).

 

Kedudukan pelaburan antarabangsa (IPP) Malaysia

 

Tambah beliau, pelaburan portfolio mencatatkan kedudukan liabiliti bersih lebih rendah iaitu RM111.9 bilion berbanding RM134.6 bilion pada suku lalu.

Pelaburan lain pula menunjukkan pengurangan liabiliti bersih berjumlah RM63.7 bilion berbanding RM75.3 bilion pada suku kedua 2020.

Pada akhir September 2020, rizab antarabangsa Malaysia berada pada RM436.4 bilion berbanding RM443.0 bilion pada suku lalu. - DagangNews.com