4,186 pegawai perubatan tamat kontrak diberikan lantikan tetap JPA | DagangNews Skip to main content

4,186 pegawai perubatan tamat kontrak diberikan lantikan tetap JPA

NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 9 Nov - Seramai 4,186 daripada 10,583 pegawai perubatan kontrak yang tamat perkhidmatan wajib bersama Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjalani penilaian dan diperakui untuk lantikan tetap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 3,586 membabitkan lantikan pegawai perubatan dan masing-masing 300 pegawai pergigian serta pegawai farmasi membabitkan peruntukan RM377,485,089.

 

Katanya, semua jawatan itu diperlukan bagi lantikan tetap perkhidmatan tahun depan.

 

"Perkara itu selaras keputusan Jemaah Menteri pada 14 Julai lalu.

 

"Ia membabitkan pegawai lantikan kontrak yang sudah melengkapkan latihan khidmat wajib dua tahun, disambung dua tahun lagi demi kesinambungan perkhidmatan dan persediaan pengajian kepakaran untuk pegawai terbabit," katanya di Dewan Rakyat, hari in, lapor Berita Harian.

 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang ingin mengetahui langkah kerajaan dalam menghadapi gelombang kedua Hartal Doktor Kontrak dan halangan pelantikan jawatan tetap serta implikasi kewangan pengambilan pegawai tetap.-DagangNews.com