55 anak-anak Asrama Darul Falah diraikan di Majlis Iftar Ramadan Datasonic | DagangNews Skip to main content

55 anak-anak Asrama Darul Falah diraikan di Majlis Iftar Ramadan Datasonic

Pengarah Eksekutif Kumpulan Datasonic, Safian Mohd. Yunus menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak Asrama Darul Falah.
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 18 April - Datasonic Group Berhad mengambil kesempatan meraikan seramai 55 anak-anak dari Asrama Darul Falah (Asdaf) dalam Majlis Iftar Ramadan Datasonic, hari ini.

 

Pengarah Eksekutif kumpulan, Safian Mohd. Yunus berkata, majlis itu merupakan julung-julung kali diadakan bagi menyantuni anak-anak tersebut.

 

Katanya, sejak awal tahun ini Datasonic mengadakan pelbagai program menyantuni anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan seperti Program Kembali ke Sekolah dan sumbangan penyelenggaran kemudahan asrama.

 

"Program ini akan diadakan secara tahunan, sebelum ini COVID-19 melanda negara menyebabkan kami tidak boleh menjalankan program seperti ini.

 

"Asdaf merupakan anak angkat kami, baru-baru ini kami memberikan sumbangan RM30,000 untuk mereka menyelenggara infrastruktur asrama mereka selain mengadakan program gotong royong," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

 

Pada majlis berkenaan, anak-anak berkenaan turut menerima sumbangan duit raya daripada Datasonic bagi menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

 

datasonic

 

Sebelum berbuka puasa, kesemua hadirin disajikan dengan tazkirah yang disampaika pendakwah bebas yang juga Presiden Pertubuhan Al-Khadeem, Hussain Yee.

 

Asdaf ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 bertempat di Bukit Persekutuan yang menempatkan anak-anak orang aslidi peringkat menengah bagi tujuan kebajikan dan pendidikan.

 

Buat masa sekarang, asrama itu menempatkan 55 pelajar dari pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada golongan kurang berkemampuan dan anak yatim. - DagangNews.com