671,792 pekerja sektor pembuatan divaksin melalui Pikas | DagangNews Skip to main content

671,792 pekerja sektor pembuatan divaksin melalui Pikas

Vaksinasi Pikas

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Kadar vaksinasi pekerja dalam sektor pembuatan negara melalui Program Imunisasi COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) terus melonjak kepada 671,792 setakat 8 Ogos 2021.

 

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, jumlah tersebut terus meningkat berbanding 573,177 yang dicatatkan hingga 5 Ogos baru-baru ini.

 

'

 

Daripada jumlah terbaharu yang dicatatkan itu, 152,233 pekerja dalam sektor pembuatan telah melengkapkan suntikan bagi dos kedua.

 

"Fokus untuk meningkatkan kadar vaksinasi diteruskan bagi memastikan perlindungan pekerja dalam sektor pembuatan," jelas MITI dalam satu ciapan ringkas di laman Twitternya hari ini.

 

Program imunisasi yang diperkenalkan oleh MITI itu merupakan sebuah kolaborasi strategik seumpamanya di antara pihak awam dan swasta.

 

'

 

Mula dilancarkan pada 16 Jun 2021, program berkenaan meletakkan fokus untuk mempercepat vaksinasi dalam kalangan pekerja sektor pembuatan Malaysia.

 

Program tersebut mampu mewujudkan persekitaran pekerjaan yang selamat dan kondusif bagi pekerja di dalam sektor pembuatan. 

 

Melalui Pikas, pemberian vaksin oleh kerajaan adalah percuma.

 

Pihak swasta bagaimanapun perlu membiayai dan menguruskan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang sekali gus dapat mengurangkan kos pentadbiran pemberian vaksin yang perlu ditanggung kerajaan. - DagangNews.com