7 R&R Lebuhraya PLUS dibuka mulai Hari Malaysia 16 September 2021 | DagangNews Skip to main content

7 R&R Lebuhraya PLUS dibuka mulai Hari Malaysia 16 September 2021

Kawasan Rehat dan Rawat Sg Buloh di Selangor kendalian PLUS. - Gambar PLUS

 

 

PETALING JAYA 16 Sept – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan  lebih daripada 80% rakan niaga di kawasan rehat dan rawat (R&R) kendaliannya telah lengkap divaksinasi, selari dengan SOP vaksinasi yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Ketua Pegawai Komersial PLUS, Christine Liew berkata, pihaknya sangat teruja mengalu-alukan pelanggan untuk kembali di R&R dan hentian sebelah, bagi menikmati sajian hidangan panas dan berehat sebentar terutamanya setelah mengharungi perjalanan yang jauh.

 

‘’Dalam beberapa minggu lagi, kami akan mengumumkan lebih banyak lokasi di beberapa R&R yang bersedia untuk membuka ruang makan di medan selera, berikutan lebih ramai peniaga R&R kami akan memperoleh status vaksin lengkap mereka dalam masa 14 hari akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Beliau berkata, menerusi semangat `Kita Jaga Kita’, PLUS menyeru para pelanggan yang telah menerima vaksin lengkap untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dengan menunjukkan status vaksinasi Covid-19 di Aplikasi MySejahtera mereka untuk pengesahan ketika memesan makanan di gerai yang dikendalikan oleh peniaga R&R PLUS.

 

Menurutnya, bagi mereka yang mempunyai status vaksinasi lengkap, pelanggan akan menerima label pelekat hijau daripada peniaga R&R bagi membolehkan mereka menikmati makanan di medan selera R&R.

 

‘’Bagi mereka yang belum menerima vaksin lengkap pula, mereka masih boleh menikmati menu yang enak dengan pembelian secara bawa pulang dari R&R kami,’’ kata beliau.

 

Dan kini bersedia menerima kunjungan pelanggan lebuh raya untuk menikmati makanan di medan selera di R&R berikut bermula dari tarikh-tarikh yang dinyatakan di bawah secara berperingkat-peringkat :

 

16 September 2021

1. Restoran Jejantas Sungai Buloh

2. Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Selatan)

3. Mambau (Arah Timur)

4. Mambau (Arah Barat)

 

17 September 2021

1. Hentian Sebelah Sungai Buloh (Arah Selatan)

 

18 September 2021

1. Dengkil (Arah Utara)

2. Dengkil (Arah Selatan)

 

Semua pelanggan lebuh raya yang telah menerima vaksin lengkap kini boleh menikmati makanan di tujuh lokasi di atas berikutan beberapa negeri yang telah memasuki Fasa ke-2 Pelan Pemulihan Negara.

 

PLUS juga menyarankan mereka untuk menggunakan fungsi Pra-Pesanan menerusi Aplikasi PLUS yang boleh dimuat turun secara percuma atau melalui https://orderdisini.plus.com.my/ daripada peniaga dan pengusaha gerai R&R yang mengambil bahagian bagi meminimumkan interaksi.

 

Pelanggan boleh memuat turun Aplikasi PLUS dengan mudah daripada Play Store bagi pengguna Android dan Apple App Store. Layari www.plus.com.my untuk maklumat terkini dan perkhidmatan lain PLUS. – DagangNews.com

 

TERKINI 18 SEPTEMBER 2021 : Lebih banyak R&R lebuh raya PLUS kini dibuka semula