8 PPV mulakan vaksinasi AstraZeneca 2.0 | DagangNews Skip to main content

8 PPV mulakan vaksinasi AstraZeneca 2.0

AstraZeneca

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 8 Jun - Sebanyak lapan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) memulakan pemberian dos pertama vaksin AstraZeneca bagi pusingan kedua (AZ 2.0) semalam.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, pemberian dos berkenaan akan diteruskan sehingga 27 Julai 2021.

 

"Pemberian dos pertama vaksin AstraZeneca pusingan kedua (AZ 2.0) telah bermula hari ini, 7 Jun hingga 27 Julai 2021," jelas KKM dalam satu hantaran di laman Twitternya.

 

Kesemua lapan PPV tersebut meliputi lima negeri iaitu Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak.

 

 

Berikut adalah senarai PPV yang memulakan pemberian dos pertama vaksin AstraZeneca bagi pusingan kedua (AZ 2.0);

 

Johor

  • Persada Johor International Convention Center, Johor Bahru.

 

Kuala Lumpur

  • Universiti Malaya (UM)
  • World Trade Centre KL

 

Selangor

  • Ideal Convention Centre, Shah Alam
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 

Pulau Pinang

  • Setia Spice Convention Centre

 

Sarawak

  • Borneo Convention Center Kuching
  • Institut Kemahiran Belia Negara Miri

 

.

 

Vaksinasi AZ 2.0 menawarkan sebanyak 1.261 juta dos dan kesemuanya habis ditempah dalam tempoh yang singkat. 

 

Daripada jumlah itu, sebanyak 275,208 dos ditempah oleh warga emas, manakala 956,609 tempahan lagi adalah bagi penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

 

Susulan itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin baru-baru ini berkata, vaksin berkenaan akan dimasukkan dalam berikutan sambutan menggalakkan sepanjang tempahan vaksin itu dibuka secara sukarela bagi fasa satu dan dua sebelum ini.

 

Menurut beliau, sambutan yang ditonjolkan itu sekali gus menepis keraguan dan dakwaan berkaitan dengan trombosis atau pembekuan darah. - DagangNews.com