9M20: Sarawak catat pelaburan langsung asing tertinggi RM15.8 bilion | DagangNews Skip to main content

9M20: Sarawak catat pelaburan langsung asing tertinggi RM15.8 bilion

Sarawak

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Sarawak mencipta kedudukan sebagai negeri pilihan di Malaysia dalam kalangan pelabur asing setelah mencatatkan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi iaitu RM15.8 bilion untuk tempoh sembilan bulan pertama 2020 (9M20).

 

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika memaklumkan perkara tersebut berkata, perkara tersebut dicapai dengan keharmonian negeri, kestabilan politik dan dasar yang inklusif.

 

Beliau memetik laporan UOB Global Economics and Markets Research yang menunjukkan bahawa Malaysia Timur berjaya menarik jumlah pelaburan tertinggi dalam pembuatan pada sembilan bulan pertama 2020.

 

Dalam laporan berkenaan, Sarawak berada di kedudukan tertinggi dengan jumlah RM15.81 bilion dan Sabah dengan RM11.86 bilion.

 

Laporan tersebut turut mendedahkan bahawa negeri-negeri Malaysia Timur menarik lebih satu pertiga daripada keseluruhan pelaburan pembuatan di negara ini.

 

Abang Johari Tun Openg
 Abang Johari Tun Openg

 

"Dengan cara ini, ekonomi kita akan mendapat mommentum dan semua Orang Ulu dan itulah sebabnya anda mempunyai Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu.

 

"Ini adalah era yang berbeza. Ini adalah keadaan semasa Sarawak dan kami berterima kasih kepada para pemimpin masa lalu kerana telah menetapkan asas yang kuat untuk membolehkan negeri ini berkembang," katanya dalam upacara pecah tanah pembinaan bangunan Federation of Orang Ulu Associations Sarawak Malaysia (Forum), hari ini seperti dilapor DayakDaily.

 

Mengulas berkaitan perkembangan keseluruhan Sarawak termasuk kawasan tanah tinggi, beliau memberitahu, perancangan jangka panjang adalah kunci bagi memastikan kemakmuran di seluruh Sarawak termasuk akses kepada utiliti asas seperti bekalan air dan elektrik serta infrastruktur telekomunikasi.

 

Tambah Abang Johari, pihaknya akan sentiasa meningkatkan kemudahan asas dari semasa ke semasa.

 

"Seperti bangunan-bangunan untuk Forum, saya telah meluluskan RM25 juta untuk fasa pertama dan pastinya kita akan berusaha untuk mencari jalan (lebih banyak pendapatan) untuk fasa kedua," tambah beliau lagi. - DagangNews.com