Abdul Jalil: Beberapa perkara bila difikirkan semula boleh dilakukan dengan lebih baik | DagangNews Skip to main content

Abdul Jalil: Beberapa perkara bila difikirkan semula boleh dilakukan dengan lebih baik

Satu hari nanti saya akan menulis mengenainya dan berkongsi pengalaman dan pembelajaran saya - Abdul Jalil Abdul Rasheed
Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 22 Mac –  Abdul Jalil Abdul Rasheed akan menulis mengenai pengalaman setahunnya sebagai CEO Kumpulan Berjaya Corp termasuk pencapaian dan juga beberapa perkara yang bila difikir semula, boleh dilakukan dengan lebih baik. 

 

Abdul Jalil berkata demikian semasa merakamkan penghargaan kepada pemilik Berjaya Corp, Tan Sri Vincent Tan yang memberinya peluang menerajui kumpulan syarikat miliknya, sekaligus menjadi orang pertama di luar `keluarga' taikun tersebut.

 

‘’It was always a left field decision when he brought me in for this role. But one must always give great opportunities a go.

 

‘’Suatu pengalaman mengagumkan yang menguji sempadan-sempadan dan memberikan saya kerusi barisan hadapan kepada dunia Korporat Malaysia,’’ katanya.

 

Paling penting katanya, beliau dapat terlibat di dalam sektor-sektor yang disukainya iaitu peruncitan, hospitaliti dan bola sepak.

 

''Saya akan satu hari nanti menulis mengenainya dan berkongsi pengalaman dan pembelajaran saya.

 

''Banyak pencapaian dan beberapa perkara yang bila difikir semula boleh dilakukan dengan lebih baik,’’ tulis Abdul Jalil dalam ciapan Twitternya.


 

vincent tan
                                               Tan Sri Vincent Tan


 

Abdul Jalil juga menyatakan kesediaannya untuk menerima peranan ahli lembaga pengarah kerana pada usia 40 tahun, beliau masih mampu menyumbang secara strategik.

 

‘’Ia juga akan memberikan saya masa untuk meneroka bidang yang saya sendiri sukai,’’ katanya dalam catatan Twitter.

 

Menurutnya, selepas setahun sebagai CEO Kumpulan BCorp, beliau telah memaklumkan lembaga pengarah mengenai hasratnya untuk mengundur diri berkuatkuasa 31 Mac 2022.

 

‘’Saya mahu mengambil masa untuk bercuti, berehat dan mengusaha minat sendiri yang sedang saya usahakan.

 

‘’Saya telah sekian mahu lakukannya (yang akan mempunyai sudut impak sosial) tetapi tidak dapat disebabkan komitmen masa.

 

‘’Saya juga amat merindui dunia pelaburan. Mesti melakukannya sementara masih bertenaga,’’ kata Abdul Jalil lagi.

 

Mengakui keputusan mengundur diri sebagai keputusan besar yang berisiko besar dan juga menakutkan tetapi beliau berkata, beliau harus mencubanya sekarang.

 

‘’Ia mungkin berjaya, mungkin tidak. Jika tidak, maka sekurang-kurangnya saya sudah mencuba. Perspektif kehidupan juga telah berubah dengan keinginan meluaskan lebih banyak masa dengan anak-anak yang membesar,’’ ujarnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Abdul Jalil Rasheed letak jawatan CEO Berjaya Corp

 

Beliau juga mengucapkan syabas kepada bekas rakan-rakannya yang dilantik sebagai CEO Bersama yang menggantikannya, termasuk rombakan pengurusan dan lembaga pengarah di peringkat syarikat induk dan subsidiri.

 

‘’Buat masa ini, saya mahu mengambil cuti dua bulan sepenuhnya dan bertugas menghantar anak ke sekolah, memperbaiki permainan golf (memperoleh handicap, harap-harapnya) dan berhubung semula dengan sahabat-sahabat. Tengoklah apa yang timbul daripada tempoh ini kelak,’’ kata Abdul Jalil. – DagangNews.com