Adani Green Energy raih AS$1.35B pembiayaan bagi projek terbesar di Asia | DagangNews Skip to main content

Adani Green Energy raih AS$1.35B pembiayaan bagi projek terbesar di Asia

AHMEDABAD, India, 20 Mac /PRNewswire/ -- Adani Green Energy Limited (AGEL) memperoleh pakej pinjaman bernilai AS$1.35 bilion untuk portfolio aset boleh diperbaharui yang sedang dalam pembinaan melalui perjanjian muktamad yang ditandatangani dengan sekumpulan pemberi pinjaman antarabangsa terkemuka.

 

Kemudahan pembiayaan projek pusingan ini akan membiayai permulaan portfolio hibrid 1.69 GW bagi projek solar dan angin boleh diperbaharui untuk disediakan di empat SPV di Rajasthan, India. 

 

Menurut perjanjian tersebut, 12 buah bank antarabangsa - Standard Chartered Bank, Intesa Sanpaolo S.p.A, MUFG Bank, Sumitomo Mitsui Banking Corporation, Coöperatieve Rabobank U.A., DBS Bank Ltd., Mizuho Bank, Ltd., BNP Paribas, Barclays Bank PLC, Deutsche Bank AG, Siemens Bank GmbH dan ING Bank N.V komited terhadap kemudahan ini yang akan menjadi pinjaman pertama untuk projek hibrid hijau yang diperakui di India. 

 

adani

 

Sumber kecairan baharu ini mengukuhkan strategi AGEL untuk membiayai aset dalam pembinaan ini sepenuhnya dan merealisasikan visinya untuk meningkatkan kapasiti kepada 25 GW menjelang tahun 2025. 

 

Kemudahan ini merupakan unsur penting dalam pelan pengurusan modal keseluruhan AGEL dan menjadi kunci kepada pembiayaan penuh untuk aspirasi pertumbuhannya. 

 

Perjanjian muktamad ini menetapkan rangka kerja pembiayaan yang merangkumi prinsip dan prosedur yang dipersetujui dan AGEL akan berurusan dengan para pembiaya untuk meningkatkan pembiayaan dengan cekap dan pantas bagi kesemua projek seterusnya mengikut parameter ambang yang dipersetujui.

 

Kemudahan ini menggariskan falsafah keseluruhan pembangunan syarikat-syarikat portfolio Adani yang dilaksanakan melalui rangka kerja kecemerlangan projek yang dibangunkan secara dalaman yang komited untuk mematuhi prinsip khatulistiwa dan standard usaha wajar tertinggi yang merangkumi kesemua standard antarabangsa dalam aspek Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

 

Mengulas tentang perkembangan ini, Vneet Jaain, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif AGEL berkata, "Kami melihat ini sebagai satu lagi pengesahan terhadap keupayaan pelaksanaan kami dalam bidang aset boleh diperbaharui. Kami komited untuk menghasilkan elektron hijau yang paling murah serta kadar dan skala yang kami laksanakan menjadikan kami lebih ke hadapan dalam bidang ini.

 

"Bank-bank yang telah komited dengan transaksi strategik ini merupakan rakan kongsi utama kami dalam memastikan akses yang lancar kepada modal global untuk asas portfolio aset boleh diperbaharui kami. Kemudahan ini juga akan memastikan keperluan pengitaran semula modal bank dan menjadikan modal yang sama tersedia untuk projek-projek AGEL yang seterusnya.

 

"Pusingan kemudahan ini akan membantu AGEL dalam mencapai matlamatnya untuk memperoleh portfolio berkapasiti 25 GW menjelang tahun 2025. Malah ia meletakkan AGEL pada kedudukan yang baik untuk mencapai pertumbuhan dalam sektor aset boleh diperbaharui yang menarik di India," katanya.

 

Setiap rakan kongsi pemberi pinjaman yang menandatangani kemudahan ini memainkan peranan penting. Sebagai contoh, Standard Chartered Bank telah bertindak sebagai ketua penaja jamin, Mandated Lead Arranger, Bookrunner (MLAB), penasihat usaha wajar alam sekitar, bank dokumentasi bersama dan penyelaras pinjaman hijau bersama untuk kemudahan tersebut.

adani

Begitu juga dengan MUFG Bank yang memainkan peranan sebagai MLAB, bank teknikal dan penyelaras pinjaman hijau bersama. Seterusnya, BNP Paribas bertindak sebagai MLAB, dokumentasi bersama DBS Bank Ltd. bertindak sebagai MLAB, bank akaun dan Mizuho sebagai MLAB, bank pemodelan kewangan. Intesa Sanpaolo S.p.A, Sumitomo Mitsui Banking Corporation, Coöperatieve Rabobank U.A, Barclays Bank PLC, Deutsche Bank AG, Siemens Bank GmbH dan ING Bank N.V. bertindak sebagai MLAB untuk kemudahan ini.

 

Rakan kongsi lain seperti Latham & Watkins LLP dan Luthra & Luthra bertindak sebagai penasihat peminjam, sementara Linklaters dan Cyril Amarchand Mangaldas bertindak sebagai penasihat pemberi pinjaman.

 

Tractebel Engineering Private Limited bertindak sebagai penasihat teknikal pemberi pinjaman, UL bertindak sebagai perunding penilaian hasil tenaga pemberi pinjaman, ERM bertindak sebagai perunding alam sekitar & sosial pemberi pinjaman, Arcadis bertindak sebagai perunding usaha wajar alam sekitar & sosial pemberi pinjaman.

 

Dan Deloitte berperanan sebagai perunding audit model kewangan serta Marsh pula sebagai ejen insurans pemberi pinjaman manakala KPMG adalah penyedia jaminan bebas untuk Pinjaman Hijau. - DagangNews.com