Advancecon terima subkontrak bernilai RM21.19 juta daripada China Communications Construction | DagangNews Skip to main content

Advancecon terima subkontrak bernilai RM21.19 juta daripada China Communications Construction

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Jan - Advancecon Holdings Berhad menerusi Spring Energy Sdn. Bhd. menerima subkontrak bernilai RM21.19 juta daripada China Communications Construction Sdn. Bhd. bagi pembinaan serta penyiapan kerja subgred Seksyen 8.

 

Spring Energy secara prinsipnya terlibat dalam perniagaan operator kuari dan kontraktor bagi kerja-kerja kejuruteraan awam.
​ 

"Kerja-kerja subkontrak dijangka siap sepenuhnya pada 31 Disember 2024 dari tarikh penerimaan," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kumpulan itu berkata, tiada risiko ketara yang boleh dijangka selain daripada risiko operasi yang berkaitan dengan subkontrak semasa tempoh projek itu.

 

Katanya, tanpa sebarang keadaan yang tidak diduga, subkontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan kumpulansepanjang tempoh subkontrak itu. 

 

"Kerja-kerja itu juga tidak mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama Advancecon.

 

"Kumpulan bercadang untuk membiayai kerja-kerja ubkontrak melalui dana yang dijana secara dalaman dan/atau pinjaman luar," katanya. - DagangNews.com